PERTANDINGA CLEAN & CLEAR FRUIT ESSENTIALS RAI PARA REMAJA

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah, Alor Setar baru-baru ini bersorak penuh kegembiraan apabila lukisan mural buah-buahan di dinding sekolah mereka memenangi pertandingan melukis mural yang diinspirasikan oleh Clean & Clear Fruit Essentials, rangkaian pembersih muka baru yang membersih, menyegar dan mencerahkan kulit. Sebanyak 12 penyertaan diterima untuk Pertandingan Mural Clean & Clear Fruit Essentials dan ia diadili berdasarkan kreativiti dalam menterjemah tema, teknik, kerja berpasukan dan bilangan ‘Likes’ di Facebook. SMK Sultanah Bahiyah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM5,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.