INOVASI KRIM HIDRAT ULTRA RINGAN

EH! ke Dubai mendekati produk baru Kiehl’s yang dicipta bagi membantu memulihkan masalah kulit kering dalam masa tujuh hari.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Wajah yang cantik bermula dengan penjagaan kulit yang baik yakni amalan gaya hidup yang sihat dan didukung dengan penggunaan produk belaian kulit yang bersesuaian. Namun begitu, ada juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi kondisi kulit kita, termasuklah soal cuaca. Di Dubai, Khiel’s mengumpul wakil media Asia seperti dari Kuala Lumpur, Bangkok dan Singapura (rata-ratanya kota beriklim panas) untuk menikmati keajaiban krim baru Kiehl’s, Ultra Facial Cream Intense Hydration yang dicipta khusus untuk kulit kering hingga terlalu kering.

TANDA-TANDA KULIT KERING

Dr Adam Geyer selaku Perunding Dermatologi Pembangunan Produk, mengidentifikasikan tanda masalah kulit kering adalah seperti gatal, kulit tidak selesa, tegang selepas cucian, terbakar, dan muncul garisan halus selepas mengenakan solekan. Kulit sebegini memerlukan penghidratan serta-merta, agen menyimpan dan memulihkan kelembapan untuk jangka masa yang lama, dan rumusan yang seimbang terutamanya pabila mereka mencampurkan pelbagai krim dalam waktu serentak tanpa tampak berkilat.

Formula Khiel’s dalam memacu arus pemodenan kali ini membuktikan keberkesanan krim yang mudah menyerap ke dalam kulit malah teksturnya yang ultra ringan mudah disapu biarpun anda mencampurkannya dengan krim lain. Ia memulihkan serta memberi kestabilan kulit dalam masa tujuh hari dan ini terbukti sewaktu ia menjalani proses ujian di Phoenix, Arizona iaitu tempat paling panas di USA dan sepuluh terpanas di dunia dengan iklim 99°F dan tahap kelembapan 92% dalam setahun. Krim Ultra Facial Cream ini turut diuji pada perenang kerana mereka paling mudah terdedah dengan klorin yakni bahan yang menanggalkan minyak semula jadi pada lapisan kulit atas. Krim ini memberi perlindungan hidrat selama 24 jam.

Krim ultra ringan ini mengandungi kombinasi hebat Asid Enriched Hyaluronic dan terdapat dua molekul iaitu Asid Hyaluronic yang dapat menyimpan lebih daripada 1000 kali berat dalam air dan sangat efektif untuk menyimpan kelembapan kulit. Molekul Biomimetic Hyrator pula bagi mengunci kelembapan yang sama penggunaannya untuk kanta lekap. Asid Enriched Hyaluronic ini juga merupakan formula yang dapat memperbanyakkan kandungan air pada kulit dan dapat menyerakkan kelembapan pada rekahan kulit. Ia juga mengandungi minyak aprikot Refined yang mengandungi Omega 3, 6 dan 9 serta asid lemak. Ini dapat melembutkan kulit dan mengurangkan kekeringan dan serpihan kulit.

Makan malam di padang pasir Penulis bersama Cammann Canella, Naib Presiden Pembanggunan Pendidikan Global dan Dr. Adam Geyer, Pakar Perunding Dermatologi dan Duta Jenama Antara Bangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.