KULIT LEMBAP ASAS KEPADA SOLEKAN YANG MENARIK DAN SEMPURNA

Dengan kulit yang lembap, solekan akan kekal lama, kelihatan segar dan tidak kering.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

K ulit wanita Jepun tampil mulus dan berseri kerana mereka mementingkan kelembapan kulit. Pengunaan lotion adalah langkah paling penting dalam rejim penjagaan kulit mereka. Mereka menggunakan lotion selepas mencuci muka untuk meningkatkan kelembapan kulit dan keupayaan kulit untuk menerima manfaat sepenuhnya daripada esen atau pelembap kulit. Hada Labo Whitening Lotion menawarkan manafaat berganda kepada kulit kita. Ia bertindak mencerahkan sambil melembapkan kulit. Produk ini dirumuskan dengan agen pencerahan semulajadi daripada ekstrak pokok bearberry dan Vitamin C untuk kesan pencerahan berganda dan

Hyaluronic Acid untuk memberikan hasil kelembapan yang berpanjangan. Pengunaan

lotion ini membantu menyeragamkan tona kulit agar tampil lebih putih, cerah dan sekata. Apa yang lebih menarik ialah lotion ini bebas daripada sumber haiwan, alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral lantas ia sesuai untuk semua. Selepas mencuci muka, tuangkan 2-3 titis pada tapak tangan dan tepuk atas wajah secara perlahan-lahan. Tepuk sehingga lotion diserap dengan sepenuhnya. Anda akan dapati kulit lebih lembap dan licin. Untuk membuktikan keberkesanan Hada Labo Lotion, kami tanya pendapat 2 jurusolek terkenal akan kelebihan pengunaan lotion sebelum solekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.