TIAR ZAINAL jurusolek selebriti

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

KEPENTINGAN MELEMBAPKAN KULIT SEBELUM SOLEKAN

Ramai wanita lupa langkah langkah penting sebelum mengenakan solekan. Anda harus mencuci muka untuk membuang minyak dan kotoran sebelum bersolek. Langkah seterusnya ialah lotion untuk melembapkan kulit. Kulit yang lembap nampak lebih sihat berseri. Saya dapati, jika anda terus mengenakan solekan pada kulit yang tidak mengenakan lotion terlebih dahulu, solekan susah untuk bertahan lama dan kulit nampak bercapuk. Malah, lotion membantu mengurangkan kehadiran garis-garis halus yang sering kali menjadi mimpi ngeri wanita.

KULIT YANG SESUAI MENGENAKAN LOTION

Hada Labo Lotion sesuai untuk semua jenis kulit tidak kiralah kulit kering, kombinasi, normal atau berminyak. Untuk kulit berminyak, pengunaan lotion dapat menyeimbangkan kandungan air dan minyak pada kulit. Lotion membantu meningkatkan kelembapan kulit agar ia tidak mengeluarkan minyak berlebihan untuk melembapkan kulit. Dengan itu, solekan akan nampak lebih segar dan kulit tidak kelihatan berminyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.