Rahsia, Mitos & Penggunaan Minyak Esensi

MINYAK TIDAK BERMAKSUD ‘BERMINYAK’. KETAHUI 1001 MANFAAT PENGGUNAAN MINYAK ESENSI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Ramai yang menyangka penggunaan minyak pada wajah cuma menambahkan lagi masalah kulit khususnya bagi yang punya kondisi kulit berminyak, mana tidaknya sedangkan minyak yang terhasil secara semula jadi pada wajah pun sudah cukup membebankan. Permulaan penggunaan minyak esensi pada muka sebenarnya telah diamalkan sejak berkurun yang lalu. Cleopatra antara legenda kecantikan yang sering dikaitkan dengan penggunaan minyak esensi baik pada rambut mahu pun kulit sebagai rutin kecantikannya. Ia dipercayai dapat membantu melindungi kulit daripada keadaan panas padang pasir. Kini jurusolek di seluruh dunia juga telah menggunakannya bagi solekan pentas peragaan. Penggunaan minyak esensi menghasilkan solekan asas yang bersinar. Terdapat pelbagai jenis minyak esensi dihasilkan oleh pelbagai jenama kecantikan terkenal. Percaya atau tidak, minyak esensi ini sememangnya memberi khasiat yang diperlukan kulit lebih-lebih lagi kulit muka.

"Minyak esensi dari Maghribi adalah pilihan saya, khaisat kandungan argan dan bunga-bungaannya sangat menakjubkan!" - EVA MENDES

"Kegemaran saya adalah minyak esensi argan yang mana mengandungi 99 peratus bahan botani seperti minyak bunga ros dan Vitamin E." - MARION COTILLARD

BAGAIMANA MINYAK ADALAH SESUATU YANG BAGUS BUAT KULIT MUKA?

Sememangnya kita sendiri sudah runsing memeikirkan cara terbaik menyingkirkan minyak di kulit muka, apatah lagi untuk menepek beberapa titis minyak lagi pada wajah? Ya, itu merupakan persoalan ramai wanita dan pakar Dermatologi dari L’Oreal Paris, Dr. Gervaise Gerstner merungkai persoalan ini dengan menyatakan minyak muka merupakan salah satu cara untuk mendapatkan anti-oksida dan vitamin dengan pantas. “Minyak menyerap lebih pantas daripada krim malah ia mengurangkan garis-garis halus pada wajah.”

Minyak esensi diperbuat daripada bahanbahan botani, yang mana kebanyakannya padat dengan anti-oksida yang berfungsi melindungi kulit daripada kesan buruk alam sekitar seperti pencemaran dan toksin. Minyak esensi mempunyai tekstur yang ringan dengan aroma yang menyenangkan, menyerap pantas pada permukaan epidermis dan menyimpan lembapan untuk kulit lebih berseri dan ‘glowing’.

1 SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT Ia mengimbangi keadaan kulit dan menghasilkan tekstur kulit yang sihat yakni kulit yang bermasalah akan dirawat, manakala kulit yang normal dapat dikekalkan kesempurnaannya.

2 TERAPI KULIT Minyak esensi sering digunakan di spa wajah. Ia menenangkan wajah setiap kali urutan lantas menghasilkan wajah yang bersinar.

3 HANYA BEBERAPA TITIS DIPERLUKAN Tahukah anda boleh berjimat ldengan penggunaan minyak esensi? Hanya empat titis sudah cukup untuk melitupi keseluruhan wajah. Kebaikannya untuk wajah adalah dua kali ganda daripada pelembap biasa.

4 OLES BERSAMA KRIM MALAM Bagi anda yang masih takut untuk menggunakan minyak esensi terus pada wajah, anda boleh gabungkan bersama krim malam. Cukup sekadar dua titis minyak esensi dicampurkan bersama krim dan oleskan pada keseluruhan wajah. Anda akan lihat kesannya keesokan hari.

5 WAJAH TIDAK AKAN TAMPAK BERMINYAK Berminyak dan bersinar lain bezanya, yang biasa kita lihat selebriti Hollywood di karpet merah adalah kulit yang bersinar, agak sukar untuk menyerupai ‘look’ itu. Namun anda boleh cuba penggunaan minyak esensi pada waktu malam dengan teknik mengurut, anda akan lihat hasilnya keesokan hari. Kulit tampil berseri dan bersinar.

"Saya gemar menggunakan minyak esensi untuk 'de-stress'" - MILEY CYRUS

CLARINS BLUE ORCHID TREATMENT OIL Oleskan minyak Clarins Blue Orchid Treatment Oil pada wajah setiap kali selepas mencuci wajah, dan sebolehnya amalkan sebelum tidur.

3

4

2

L’OCCITANE FABULOUS OIL Minyak yang kaya dengan bahanbahan botani, aromanya cukup menyenangkan. RM135

3

KIEHL'S MIDNIGHT RECOVERY CONCENTRATE Berfungsi merawat kulit wajah waktu malam, teksturnya yang ringan tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat.

4

MELVITA ARGAN OIL REPAIRING Untuk kulit cerah dan bersinar seperti Marion, anda boleh gunakan minyak rawatan seperti Melvita Argan Oil pada waktu malam dengan teknik mengurut.

5

5

CELLNIQUE INTENSIVE HYDRO REPAIR ELIXIR Bertindak sama seperti serum, ia merawat dan menganjalkan kulit. RM199

4

4

JURLIQUE PEPPERMINT PURE ESSENTIAL OIL Kandungan bahan merawat seperti pudina membantu membersihkan kulit dari cela. RM67

6

6

ORIGINS PLANTSCRIPTION FACE OIL Berupaya meremajakan kulit dengan mengurangkan kedutan dan garis halus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.