ESEN WAJAH BERSERI

Menerusi rangkaian Even Better, Clinique memperkenalkan dua produk barunya, Even Better Essence Lotion serta Even Better Brightening Moisture CreamPlus.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Clinique, kulit orang Asia lebih sensitif dan mudah terdedah kepada iritasi serta kering (dehydration). Keduadua masalah ini adalah atas faktor penghalang kulit yang lebih nipis. Memenuhi keperluan kulit orang Asia, Clinique tampil dengan formula istimewa menerusi produk baru daripada rangkaian Even Better, iaitu Even Better Essence Lotion yang mengandungi NMF Complex yang bertindak membuka kunci lembapan kulit agar kulit kembali lembap dengan segera dan lembapannya bertahan lama. Tidak hanya melembap, formula baru ini juga bertindak mengembalikan keserian kulit, memudarkan kekusaman sekaligus memperbaiki kulit wajah secara keseluruhan agar lebih bersinar.

MELEMBAP

NMF Complex yang terkandung di dalam produk ini bertindak untuk melembap dan menjadikan kulit lebih anjal. Kandungan NMF Complex terdiri daripada ekstrak Citrullus Vulgaris (tembikai), Pyrus Malus (epal), Lens Esculenta (lentil) dan Sodium PCA. Turut ada ialah ekstrak Cucumis Sativus (timun) untuk memperbaiki lembapan kulit. Kehadiran Trehalose dan asid Hyaluronic menjadikan kulit berasa selesa sepanjang hari.

MENCERAH & MEMBANGKIT SERI

Gandingan NMF Complex bersama campuran bahan-bahan botani menggandakan khasiat Even Better Essence Lotion, bukan sahaja memberi fokus pada kelembapan kulit ia juga mencerahkan kulit dan mengembalikan seri kulit. Antara ekstrak-ekstrak yang dikumpulkan di dalam NMF Complex mempunyai khasiat antioksidan yang berfungsi untuk menyerikan kulit.

MENENANGKAN KULIT

Seperti dinyatakan tadi, kulit orang Asia lebih sensitif dan mudah mengalami iritasi. Maka, kandungan Even Better Essence Lotion ini juga bertindak menenangkan kulit. Ekstrak Cladosiphon dan alga terbukti menyalurkan keselesaan buat kulit. Begitu juga dengan ekstrak biji Tamarindus Indica yang sudah terbukti keberkesanannya di dalam dunia perubatan.

CARA MENGGUNAKANNYA

Gunakan dua kali sehari selepas mencuci dan menyegarkan wajah. Titikkan dua titik Even Better Essence Lotion (dalam 2.5 sentimeter diameter) dan sapukan pada seluruh wajah dan juga leher. Elakkan bahagian mata. Kemudian lengkapkan dengan sapuan pelembap dan Even Better Clinical Dark Spot Corrector. Harganya RM125.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.