Evolusi DKNY Be Delicious

SELEPAS TAMPIL DALAM BEBERAPA SIRI HARUMAN, BE DELICIOUS MELANGKAH SETAPAK KE HADAPAN DENGAN MEMPERKENALKAN MINYAK WANGI YANG BERFUNGSI SEBAGAI PELEMBAP.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

DKNY Be Delicious mula diperkenalkan pada tahun 2004, kini setelah hampir sedekad di pasaran, DKNY memperkenalkan pula DKNY Be Delicious Skin Hydrating. Masih mengekalkan kesegaran bau epal, Be Delicious Skin Hydrating disimpulkan sebagai ‘Fragrance with Benefits’, yang mana ia bukan sahaja mengharumkan tubuh malah semburannya juga bertindak seperti losen yang melembapkan kulit. Be Delicious Skin dilihat sebagai satu evolusi baru dunia haruman.

Temubual Bersama Trudi Loren, Senior Vice President - Corporate Fragrance Development for The Estée Lauder Companies 1 Ceritakan tentang keistimewaan DKNY Be Delicious Skin

Ia adalah haruman yang memberi manfaat kepada kulit anda. Tidak sahaja harum malah ia melembap. Rata-rata yang menggunakannya mendapati kulit mereka lebih lembap selepas dua minggu. Pada saya ia adalah satu revolusi dunia haruman. Sama seperti produk kecantikan lain yang melalui revolusi seperti krim BB dan krim CC, jadi mengapa tidak buat dunia haruman. Be Delicious Skin mengandungi ‘Apple Fusion Complex” iaitu campuran bahanbahan yang terbukti melembap dan melembutkan kulit.

2 Selain tubuh, adakah anda menyarankan wanita menyembur haruman ini ke rambut?

Tentu sekali, Saya sendiri melakukannya. Saya cukup suka pabila angin meniup rambut dan ia menyentuh wajah saya, saya dapat rasakan bau harumnya.

3 Kongsikan cara terbaik memilih haruman

Pabila anda ke kaunter haruman, usah cuba lebih daripada tiga haruman. Semburkan pada kulit dan pergilah membeli-belah sebelum anda membuat pilihan. Bau haruman akan bertukar setelah beberapa jam. Haruman yang sesuai buat kawan anda tidak semestinya sesuai dengan anda kerana kulit, chemistry dan diet setiap orang adalah berbeza.

4 Anda bersetuju haruman adalah refleksi kepada personaliti seseorang?

Tidak semestinya. Pada saya haruman mencipta mood berbeza. Anda memilih haruman yang boleh merubah perasaan anda. Misalnya jika anda bersiap-siap ke janji temu istimewa, biasanya anda memilih haruman yang bisa menyerlahkan keyakinan dan attitude tertentu.

5 Benarkah pabila seseorang menggunakan haruman yang sama dalam jangka masa yang lama, aromanya tidak lagi berkesan?

Tidak. Orang lain masih boleh merasakan haruman yang anda pilih cuma anda yang tidak menyedarinya kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada diri anda. Misalnya, anda masuk ke dalam satu bilik yang punya bau makanan, selepas beberapa ketika anda tidak lagi merasai bau tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.