PENYERI BIBIR

Baik dari asasnya seperti pelembap hinggalah ke kemasan bibir seperti pengilat, semuanya menghasilkan rupa yang berbeza mengikut jenis bibir.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Sekiranya selama ini anda hanya setia pada satu jenis gincu atau warna, tentunya anda ketinggalan banyak produk terbaru dan berlainan yang dihasilkan setiap musim! Anda sebenarnya boleh mencampurkan pelbagai produk bibir untuk mendapatkan hasil yang berbeza dan memuaskan. Tiada garis panduan sama ada betul atau tidak dalam penggunaan produk bibir, asalkan anda berasa selesa,ia sudah cukup berkuasa untuk menyerlahkan wajah anda. Ketahui jenis-jenis produk bibir yang memberi lebih variasi dalam gaya solekan bibir anda! Guardian Colour Blast Lip Balm

PELEMBAP BIBIR

Pelembap bibir kini lebih daripada sekadar pelembap biasa, terdapat banyak pelembap bibir yang hadir dengan rona dan kilauan. Malah rata-rata pelembap kini berformulakan SPF jadi selain melembap ia juga melindungi.

SERASI UNTUK: Anda yang inginkan bibir kelihatan semula jadi berona dan kekal lembap

ELAKKAN: Jika anda inginkan rona yang lebih terang dan tahan lama.

PENGILAT BIBIR

Bercakap mengenai pengilat bibir ia mengingatkan kita pada waktu remaja dahulu, ke sekolah atau ke kuliah tidak lengkap penampilan tanpa secalit pengilat bibir, ‘ zero lipgloss is a big NO NO’. Namun ia sebenarnya tidak terbatas penggunaannya, apabila anda bersiap sedia ke pejabat dengan hanya mencalitkan gincu, lapiskan ia dengan lapisan tipis pengilat bibir, cukup untuk memberi penampilan yang feminin.

SERASI UNTUK: Anda yang berbibir kering, kerana bahan di dalam pengilat bibir mengandungi pelembap yang tinggi. ELAKKAN: Jika anda sebenarnya rimas dengan teksturnya yang agak melekit dan inginkan rona bibir yang kekal lama, kerana pengilat bibir mudah pudar.

PEWARNA BIBIR (LIP STAINS)

Sekiranya anda inginkan rona kekal lama tanpa perlu di ‘touch up’ inilah penyelesaian tepat. Produk yang berasaskan cecair ini menyerap pantas ke dalam bibir lantas membuat ronanya kekal lama. Pastikan anda mewarnakannya dengan berhati-hati kerana jika comot sukar untuk dipadamkan.

SERASI UNTUK: Anda yang inginkan rona yang berpanjangan dan tidak gemarkan tekstur gincu mahupun pengilat bibir.

ELAKKAN: Jika bibir anda kering dan berpotensi untuk merekah.

GINCU

Dahulu, rata-rata gincu hadir dengan tekstur pusam (matte), bayangkan saja Marilyn Monroe dengan gincu merah pusamnya. Namun kini terdapat banyak tekstur gincu yang boleh dipilih mengikut kesesuaian bibir dan cita rasa anda. Sebagai contoh dan semi

SERASI UNTUK: Hasil bibir mungil penuh rona ELAKKAN: Andai anda inginkan rona yang tahan lama, kerana gincu perlu sentiasa dioles apabila ronanya kian pudar.

PENSEL BIBIR

Pensel bibir asalnya hanya dilukis pada garisan bibir untuk membentuknya, namun kini ia dihasilkan dengan tekstur lebih lembut namun tahan lama untuk litupan yang lebih menyeluruh. Ia menghasilkan rona bibir yang kemas dan sempurna. Pensel bibir juga tidak akan meninggalkan kesan pada gelas tatkala anda minum.

SERASI UNTUK: Anda yang inginkan solekan bibir yang kemas serta bagi anda yang tidak terkejar-kejar untuk bersolek. ELAKKAN: Jika anda inginkan sesuatu yang ringkas dan mudah.

RMK W Crayon & Gloss Lips RM130 Thefaceshop Face it Finger Gloss

L’Occitane Subtle Violet Lip Balm

Tarte Lip Surgence RM90

Bobbi Brown Sheer Lip Color RM88 Clinique Almost Lipstick

Cle De Peau Beaute Wintry Pencil Bouquet Lip Color Pen RM300

N W O R B I B O B

M.A.C Viva Glam Rihanna

Sephora Glossy Lip Pencil RM29

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.