CARA PENGGUNAAN

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

Teknik aplikasi ini secara asalnya ditunjukkan oleh Mr.Shu Uemura untuk menghasilkan dimensi kulit asli yang sempurna. Oles dari dalam ke luar, seperti dari tengah wajah ke luar, kecuali di keliling mulut. Pada bahagian yang berminyak dan bahagian bawah pipi pastikan ia dioles tipis. Jangan lupa untuk mengoleskannya pada bahagian leher.

1 PIPI

Mulakan pada atas tulang pipi, yang mana bahagian yang lebih tebal, kemudian oleskan ke bawah dan ke luar.

2 KELILING MULUT

Oles tipis dari luar ke dalam.

3 HIDUNG

Ini adalah kawasan muka yang paling berminyak, cukup sekadar olesan tipis.

4 DAHI

Seperti hidung, bahagian ini juga sering berminyak. Oles setipis yang mungkin.

5 MATA

Bahagian ini sangat nipis dan punyai pergerakan yang banyak, olesan tebal akan menyerlahkan kedutan dan garis halus. Jadi, oles tipis asas UV ini dan ratakan.

6 LEHER

Oleskan sapuan yang rata pada bahagian leher dengan urutan ke bawah. Sapuan yang tidak rata akan membuat leher kelihatan bercapuk dan menyerlahkan lagi garisan leher.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.