ALBUM ‘KEJUTAN’ BEYONCE

EH (Malaysia) - - Yang Hangat -

Beyonce melancarkan albumnya secara mengejut di iTunes pada 13 Disember yang lalu. Album dengan 14 trak audio dan tujuh belas video klip ini mencatat sejarah tersendiri apabila Apple mengumumkan rekod ini mendapat jualan sehingga 828,773 jumlah muat turun dalam masa tiga hari mengatasi rekod yang pernah dibuat Justin Timberlake menerusi album The 20/20 Expreince sebanyak 580,000 unit. Apa yang cukup istimewa tentang album ini adalah aliran muzik Beyonce yang dilihat lebih matang dan sedikit berbeza dengan album sebelumnya. Trak Drunk In Love menjadi single pertama dan mesej tersirat dalam trak Pretty Hurts yang memberi kritikan sosial terhadap dunia hari ini menjadi kelebihan album ini. Jay-Z, Frank Ocean, Pharrell Williams dan Timbaland antara peneraju dalam penerbitan album solo kelima Beyonce ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.