LACOSTE LEBIH DINAMIK

EH (Malaysia) - - Berita + fesyen -

Sambutan ulang tahun Lacoste ke-80 diadakan penuh gemilang di Mai Bar, Aloft, Kuala Lumpur. Sempena meraikan ulang tahun ini, Lacoste memperkenalkan koleksi eksklusif yang lebih fashion foward seperti kasut espadarilles, baju tenis berkolar yang dilengkapi hud serta gaun polo yang diperbuat daripada kulit. Malahan, Lacoste turut melancarkan projek ikonik bersempena tarikh keramat 12.12.12 dengan sebuah video interaktif yang canggih menceritakan tentang kehebatan dan penggunaan baju polo multi fungsi untuk masa akan datang. Lacoste turut memberi peluang kepada penggemarnya untuk mencipta idea baru dan segar seperti salah seorang peserta dari Korea, Hyo Sook Lee menceritakan idea baju polo yang boleh ditukar menjadi gaun yang dilengkapi dengan tali pinggang hanya dengan menyentuh logo Lacoste. Kesemua idea boleh dilihat melalui laman web www.lacoste-future.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.