Masa Bahagia Bersama

EH (Malaysia) - - Berita + fesyen -

Pasangan merpati dua sejoli, Nabil dan Zira sentiasa meluangkan masa bersama agar kasih sayang yang disemai kekal abadi. Bersama-sama Solvil et Titus, mereka berkongsi kisah percintaan mereka. Mencari ncari pasangan yang memahami dan bertolak ansur seperti sahabat karib tidak mudah ditemui. Nabil dan isteri, Nazirah Ayub atau lebih dikenali sebagai Zira rasa bertuah dipertemukan, mereka menghargai setiap detik bersama walaupun sibuk dengan urusan kerja. Pada Nabil, hubungan yang berkualiti bermula dengan sikap tolak ansur. Dia amat bersyukur kerana kerjaya yang dimilikinya mampu memberikan keselesaan buat dia sekeluarga. Cinta bagi Nabil dan Zira bermakna sentiasa ada untuk pasangan. Meluangkan masa bersama sangat penting, terutamanya bagi mereka berdua yang baru memiliki cahaya mata, Naera Mikayla yang dilahirkan pada November 2012. “Saya sentiasa mencari keseimbangan antara keluarga dan kerjaya. Saya amat bertuah kerana isteri saya ikut saya sewaktu saya bekerja bekerja. Jadi daripada situ situ, saya dapat meluangkan masa keluarga biarpun sedang bekerja,” ujar Nabil. Zira menggambarkan Nabil sebagai seorang suami yang rajin, kuat bekerja dan juga tampan. Nabil juga seorang pendengar setia dan gemar bercerita. Manakala bagi Nabil pula, Zira seorang ibu yang penyayang, mengagumkan dan sangat cantik. “Nabil pernah ke kedai buku dan menulis kad secara rahsia. Tapi saya dapat tangkapnya sewaktu berbuat demikian,” ujar Zira apabila mengenang kembali kenangan sewaktu di awal perkenalannya bersama Nabil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.