Gabungan Teknologi & Inovasi Koleksi Musim Bunga

TIMBERLAND MENGGANDAKAN STAIL KOLEKSINYA DENGAN MEMANIPULASI TEKNOLOGI TERKINI.

EH (Malaysia) - - Berita + fesyen -

Moden tidak hanya dinilai berpandukan potongan yang tampil terkini, kerelevanan dengan setiap acara mahupun gaya yang menepati selera dan kehendak semasa. Pembuatan yang menggunakan teknologi terkini serta penggunaan bahan yang punya fungsi tertentu menjadi tarikan kepada penyelarasan gaya yang sempurna. Malah, hari ini pelbagai jenama tidak lagi lokek berkongsi rahsia teknologi terkini yang digunakan dalam penghasilan rangkaian istimewa mereka.

Terkenal dengan pengeluaran produk yang tahan lasak, Timberland berkongsi teknologi terkininya. Musim ini mereka tidak hanya mementingkan keselesaan malah memberi fokus kepada stail rekaan seperti penggunaan rona pop bagi membangkitkan mood musim bunga.

Memperkenalkan SensorFlex™ iaitu teknologi pelapik kasut yang sangat ringan berserta fungsi tertentu. Ia menampilkan tiga lapisan yang mana lapisan pertama dicipta bagi menyokong dan mengimbangi kaki, lapisan kedua dipanggil sebagai lapisan EVA bagi menyokong tekanan manakala lapisan ketiga flex groove yang mudah lentur serta peka pada rangsangan permukaan yang tidak rata lantas memberi kestabilan dan keselesaan sepanjang penggayaan.

Teknologi SensorFlex™ turut diaplikasi pada koleksi Earthkeepers® Bradstreet iaitu kasut chukka dan oxford buat lelaki yang diperbuat daripada

full-grain premium dan kulit nubuck inspirasi gaya lasak. Timberland turut menyuntik teknologi yang sama untuk koleksi Earthkeepers® Harborside iaitu kasut boat untuk lelaki dan wanita dalam garapan gaya klasik dan kasual. Timberland menghidangkan tujuh rona terang untuk lelaki manakala boat ballerina dilengkapi dengan daya cengkaman yang kuat untuk wanita

Timberland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.