Cerita Di Sebalik Lekuk Tubuh Sempurna

TRIUMPH DEDAHKAN RAHSIA TUBUH LANGSING DAN RAMPING MENERUSI PEMAKAIAN SHAPE SENSATION.

EH (Malaysia) - - Berita + fesyen -

Memiliki bentuk badan ideal merupakan antara kehendak utama wanita seluruh dunia. Ada yang mahu berbadan kurus biarpun pada zahirnya mereka sebenarnya bertubuh petit, tidak kurang juga yang mahu berpinggang lebih ramping sedangkan mereka memiliki saiz pinggang 24 inci. Situasi yang sama pabila mereka yang bertubuh gempal mahu tampil lebih yakin dengan lekuk tubuh yang lebih menawan, yakni lebih kecil. Ini kerana bagi sesetengah wanita, bentuk tubuh jam pasir adalah definisi tepat bentuk badan sempurna, dan mereka percaya setiap sisi lekuk mempunyai tarikan sensual yang tersendiri.

Pada tahun 1500 Masihi iaitu sewaktu pemerintahan King Henry II Perancis, isterinya Catherine de Medici telah memperkenalkan pemakaian korset pertama. Bermula sejak itu pelbagai jenis serta potongan korset diperkenalkan. Pada waktu itu korset diperbuat daripada kain sutera berisi tulang (bones) pada sisi panelnya bagi menyokong bentuk korset tersebut. Ketika itu korset menggunakan tulang ikan paus sebagai dasar rekaan korset. Kemudian, reben digunakan bagi mengetatkan bahagian yang mahu dikecilkan sehingga boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Keperitan menggayakan korset waktu itu bukanlah alasan untuk semua wanita untuk tidak menggayakan kostumkostum mewah.

Tahun 1930, girdle (bengkung) diperkenalkan. Lebih praktikal berbanding korset. Girdle masih digunakan sehingga kini malah diperbaharui dengan teknik dan teknologi baru. Namun begitu, penggunaannya adalah terhad kerana rekaannya masih menggunakan tulang biarpun teknologi turut membawa perubahan dalam bahan gantian untuk pemakaian yang lebih selesa, serta penggunaannya turut memberi kesan terutamanya pabila menyarung gaun sendat.

SHAPE SENSATION

Teknologi pakaian dalam berkembang lebih maju dan lebih moden. Triumph misalnya memperkenalkan rangkaian

shapewear menerusi Shape Sensation yang menawarkan fungsi yang sama iaitu menyembunyikan bahagian yang tidak diingini serta menzahirkan bentuk badan yang lebih sempurna. Rekaannya lebih sleek dan menggunakan kepakaran yang tinggi dengan penggunaan fabrik lebih nipis serta berkemampuan boleh renggang dengan baik.

Triumph menjalankan kajian di kalangan 2800 wanita di Malaysia dan mendapati bentuk badan wanita diklasifikasikan mengikut kumpulan tertentu iaitu Y, S, I,O dan A. Kesemua bentuk badan ini boleh disempurnakan sekiranya anda menyarung Shape Sensation. Ia boleh dimiliki serta-merta kerana daya renggang dua hala oleh fabrik renda likra dapat menyembunyikan lemak atau daging yang berlebihan. Fabrik ini menyerap peluh dengan baik sekaligus memberi keselesaan sepanjang hari. Inovasi yang disuntik pada renda likra ini juga mengurangkan kesan pada luar gaun sekiranya anda menyarung gaun sendat.

Melengkapkan pemakaian Shape Sensation, Ultimate Lace Shaping Bra turut diperkenalkan. Ia direka dengan tulang sorok, panel sisi yang tinggi, rekaan U di bahagian belakang bagi menyembunyikan daging yang berlebihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.