Usia Baru Polo Haus

RANGKAIAN ISTIMEWA MELENGKAPKAN MISI PENJENAMAAN SELAMA 30 TAHUN.

EH (Malaysia) - - Berita + fesyen -

Jenama yang menghimpunkan barisan helaian kasual untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang diadaptasi daripada sukan polo ini meraikan ulang tahun ke-30 tahun lalu. Merentasi industri helaian sedia pakai selama tiga dekad dilalui dengan mudah kerana setiap keluarannya mengekalkan identiti tersendiri yang cukup jelas. Sulaman imej sukan polo yang terdapat pada setiap helaian memberikan

statement yang cukup menonjol lantas memperkuatkan penjenamaan pada setiap helaian asas yang diperkenalkan oleh jenama ini.

Selain pakaian, Polo Haus turut mengeluarkan rangkaian aksesori seperti jam tangan, tali pinggang, kaca mata, sandal serta kasut yang diperbuat daripada material bermutu seperti kulit dan kanvas bagi melengkapkan penampilan penggemarnya. Sehingga kini, Polo Haus sudah memiliki lebih 30 butik di seluruh negara termasuklah di Berjaya Times Square, Sunway Piramid, Aeon Kulai Jaya, Johor, East Coast Mall, Pahang serta Palm Square, Kota Kinabalu Sabah.

Sempena meraikan ulang tahunnya ke-30, Oktober lalu Polo Haus memperkenalkan rangkaian pakaian istimewa iaitu Polo® 30th Special Edition berserta pemberian baucar belibelah bermula RM100, hadiah percuma dan kad keahlian, malah tiga pemenang bertuah melalui Polo® Photo Voting yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook Polo Haus menerima baucar belian sehingga RM3000. Mereka diberikan bingkai kaca mata tertera angka 30 berwarna merah dan setiap gambar yang terpilih diumumkan di laman sosial tersebut iaitu www.facebook. com/polohauspage. Para penggemar Polo Haus juga boleh melayari laman sesawang untuk himpunan terkini di www.polohaus.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.