Menceriakan Hari Anda

Diilhamkan oleh cetakan tradisional namun digunakan dalam bentuk yang segar dan moden, Cath Kidston menjadi pilihan untuk produk ‘home of modern vintage’. Corak rekaan ini diaplikasikan ke atas produk- produk yang praktikal untuk kegunaan harian yang memb

EH (Malaysia) - - Berita + fesyen -

Koleksi bunga/panas 2014 bermula dengan moto tidak rasmi Cath Kidston, ‘Brighten up your Day’. Bermain dengan ungkapan ‘Brighton up your Day’, sebuah perkampungan English terkenal, Brighton menjadi ilham untuk idea cetakan gaya poskad serta konsep ‘Cruise Collection’ klasik yang diilhamkan oleh musim panas di Britian. Corak Pembridge Rose

Corak bercetak trailing

floral dalam warna dusky mula diilhamkan oleh beg berbutang klasik. Pembridge Rose menjadi antara corak yang diproses lebih lama berbanding corak dan dipamerkan untuk musim bunga/ panas 2014.

Corak Large Spray Cream

Salah satu hasil corak koleksi ini ialah dengan membesarkan saiz corak Spray Flower yang klasik. Apabila Cath lihat hasilnya, dia jatuh cinta dengan corak ini dan ia ditambah dalam koleksi. Corak flora ini diceraikan dengan format lebih besar dan palet warna lebih lembut.

CorakBrighten Up Stripe & Postcards

Koleksi aksesori cetakan ini cukup menarik perhatian kerana cetakannya berbentuk poskad pemandangan di pantai Brighton serta landmark seperti Pier dan Royal Pavilion. Tambahan pula corak ini dipadankan dengan bunga berwarna terang bersesuaian dengan konsep ‘Cruise Collection’ yang klasik.

Corak Patchwork

Untuk koleksi corak yang lebih memuaskan, kami menampal cantum beberapa corak kegemaran kami dan hasilnya cukup mengujakan! Sentuhan corak bintik, hati dan bunga bersaiz kecil dan besar, corak Patchwork menjadi pilihan utama aksesori dan barangan dapur bagi mereka yang gemar gaya padan suai.

BACKPACK

RM304

BOOKBAG

RM120

EVERYDAY BAG

RM329

CROSS BODY BAG RM329

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.