Gaya Girl Next Door Yang Suci Dan Asli

EH (Malaysia) - - Berita + acara cantik -

Warna-warna semula jadi menyerlahkan lagi keperibadian gadis yang ceria dan ayu. Sentuhan warna coklat emas pada mata, pipi dan bibir berwarna coral cukup untuk menawan kecantikan si gadis pemalu ini.

Pada muka:

Sapu Lumi Block Primer dan BB Cushion untuk tekstur kulit sekata. Ceriakan wajah anda bak bunga mekar dengan sentuhan pemerah pipi Pure Radiant Blush No.4 Blossom Coral.

Pada bibir:

Oles Serum Intense Lipstick YR24 Twinkle Coral pada bahagian dalam bibir anda. Gunakan jari untuk mengoles gincu mengikut arah ke luar. Cara ini membantu anda membentuk bibir tampak lebih tebal.

Pada mata:

Gaya ini dilengkapkan dengan Pure Radiant Eyeshadow No. 2 Shine Gold. Sapu pembayang mata Shimmering Beige ( 2) pada soket mata. Kemudian guna Multi Shaping Eyeline Brown agar solekan mata kelihatan lebih semula jadi. Lapiskan pembayang mata Golden Bronze ( 4) di atas celak tadi, dan sapu pembayang mata Sparkling Gold ( 1) di bawah mata dan soket untuk solekan 3D. Langkah terakhir solekan ialah mencalit maskara hitam pada bulu mata.

Serum Intense Lipstick YR24 Twinkle Coral RM70, Pure Radiant Shadow #2 Shine Gold RM100, Pure Radiant Blush #4 Blossom Coral RM85

Inspirasi Solekan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.