Kisah Cantik Diana Rafar

SELAIN SENYUMAN YANG MANIS, BADAN YANG KEKAL LANGSING, DIANA JUGA MEMPUNYAI WAJAH YANG BERSERI-SERI. APA RAHSIANYA?

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Kisah cintanya memang tiada rahsia, biarpun sudah lama mendirikan rumah tangga, Diana kekal tampil cantik dan berseri, jadi ketahui rahsia duta Sumber Ayu ini mengekalkan kecantikannya.

DEFINISI CANTIK DIANA?

Bagi Diana, sudah tentunya cantik dari dalaman, hati yang tenang dan bersih akan memancarkan seri wajah.

SIAPAKAH IKON KECANTIKAN DIANA?

Jennifer Lopez, walaupun sudah menjadi ibu, badannya tetap cantik dan wajahnya semakin menawan.

APAKAH PRODUK KECANTIKAN YANG MESTI ADA DI DALAM BEG?

Sudah tentu Maixara.

‘LOOKS’ SOLEKAN YANG BAGAIMANA DIGEMARI?

Saya suka solekan asli walau tebal macam mana sekalipun saya sukakan ia kelihatan natural.

ADAKAH ANDA SANGGUP BERBELANJA LEBIH UNTUK KECANTIKAN?

Berbelanja biarlah berpada, kerana Diana banyak melakukan rawatan tradisional, jadi tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.

BAHAGIAN WAJAH ANDA YANG PALING ANDA GEMARI?

Alhamdulillah, Diana suka setiap yang dikurniakan Tuhan.

TEMPAT PERCUTIAN KEGEMARAN ANDA?

Diana suka bercuti ke Bali, kerana di sana kita boleh memanjakan diri, terdapat banyak rawatan spa yang ditawarkan. Selain murah dan tenang, rawatannya juga berkualiti dan dilakukan dengan teliti.

APA YANG MEMBUATKAN PEMBERSIH PERIBADI SUMBER AYU ISTIMEWA BERBANDING PRODUK YANG LAIN? DAN BAGAIMANA IA MEMBERI KESAN PADA KEHIDUPAN DIANA SEHARI-HARI?

Sumber Ayu memberi inspirasi bagi Diana, ia membantu membuat saya lebih yakin dan segar. Selain membuatkan saya berasa sentiasa bersih dan selesa, ia membuat kehidupan saya lebih sempurna.

Tanah Lot, Bali

Bali Spadi

SUMBER AYU BIO NATURAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.