INSPIRASI MUSIM BUNGA

Tiba masa untuk permulaan musim bunga yang dinantinantikan. Warna-warna terang menjadi pilihan terutamanya pada solekan sebagai lambang keceriaan musim bunga.

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Solekan dan fesyen hadir seiring dengan trend dan penampilan terkini individu. Solekan sebagai penyeri wajah malah penambah ‘aksesori’ kepada pakaian. Sekiranya anda mengenakan pakaian yang berwarna pastel dan penuh feminin, disarankan solekan anda juga seiring tema itu.

Ubah ‘look’ wajah sebagaimana anda mengubah pakaian anda. Gunakan imaginasi untuk mengubah penampilan setiap kali anda menyarungkan pakaian. Rekaan helaian dan rutin solekan anda membentuk imej diri tersendiri. Koleksi RMK kali ini ditunjangi Pengarah Kreatif baru, KAORI dan koleksi ciptaannya akan membawa anda melihat koleksi yang mungkin tidak pernah dilihat sebelum ini.

Seperti koleksi musim bunga/panas 2014 Kate Spade, warna-warna pilihan jenama ini ialah warna ceria seperti merah jambu dan merah malah pelbagai corak dan rekaan feminin ditonjolkan untuk memperkasakan kuasa wanita. Gaya ini sudah pasti menjadi inspirasi untuk mana-mana wanita agar penampilan mereka tampak feminin namun masih

chic. Selain daripada fesyen, solekan juga memainkan peranan penting, jadi tidak hairanlah jika ramai mengambil inspirasi untuk bersolek dengan warna-warna ceria untuk musim bunga akan datang!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.