RMK: PLAY ON PINK

EH (Malaysia) - - Jurnal Cantik -

Warna merah jambu hadir dalam pelbagai nada seperti baby pink, fuchsia sehingga rose. Warna ini malar segar, feminin dan simbol kepada semua wanita seluruh dunia. Tidak hairanlah jika Pengarah Kreatif terbaru RMK, KAORI mengambil warna ini sebagai inspirasi koleksi RMK pertamanya yang juga merupakan kaleidoskop warna dan cahaya. Palet pembayang mata membentuk kilauan pada mata, manakala sentuhan warna merah jambu dan koral menyerlahkan tulang pipi agar solekan lebih sempurna. Bibir pula dirias dengan sentuhan kilauan bak kaca manakala kuku lengkap diwarnakan dengan rona pastel.

RMK Kaleidoscope Nuane Color Palet bedak finishing hadir dalam 6 rona berbeza untuk diadun mesra agar bersesuaian dengan wajah. Paling menarik, 6 rona ini diperbuat daripada pelbagai tekstur bedak berbeza seperti

matte, soft matte dan pearlescent untuk memastikan kontur wajah sempruna dengan aplikasi berus.

RMK W Crayon & Gloss Lips Merupakan gabungan lip

crayon matte dengan pengilat bibir separa lut sinar. Tekstur

crayon yang pekat pabila dicalit pada bibir memberikan warna yang penuh sensasi manakala pengilat bibir membentuk bibir yang mungil.

RMK Nail Color EX dan RMK Shiny Base & Top Coat Empat warna direka sebagai ‘candy coat’ untuk kuku anda. Jangan lupa untuk menggunakan Base & Top Coat yang diperkaya dengan lame holografik untuk kuku yang lebih berkilat, atau guna Base sebelum mengenakan pewarna kuku agar warna

candy Coat lebih menyerlah.

RMK Face Color Brush Diperbuat daripada bulu kambing gunung berkualiti tinggi oleh artis terkenal Jepun, ia direka dengan lengkok dan sudut baru. Ini bermakna wajah dapat dikontur dengan sempurna kerana berus ini mudah digunakan, malah memberi kesan solekan bak jurusolek profesional. Ia juga mengambil bedak yang betul ketika blending dan akan memberikan kemasan terbaik selepas aplikasi.

RMK Kaleidoscope

Cheeks Pemerah pipi palet bi-warna dengan asas yang terang dan

pearlescent berkilauan. Dua warna iaitu Corak Pink dan Cool Beige membentuk wajah yang sempurna dengan hanya melayangkannya terus ke wajah agar tampak lebih segar.

RMK Kaleidoscope

Eyes Palet pembayang mata ini terdiri daripada asas merah jambu nan menyerlah dengan lapisan warna-warna dalam holographic pearlescent dan berkilau yang mengubah warna merah jambu apabila disimbah cahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.