Estetika Haruman Tory Burch

MODEN NAMUN KEKAL KLASIK, DEFINISI WANGIAN PERTAMA DARI PEREKA FESYEN ANTARABANGSA INI.

EH (Malaysia) - - Nota Cantik -

“Wangian itu adalah sebahagian daripada sejarah peribadi saya,” kata Tory Burch apabila bercakap mengenai bagaimana terhasilnya wangian sulung ini. Ia penuh dengan memori antara kedua ibu bapanya, jadi ia perlu seimbang antara feminin dan maskulin.

Gandingan Nota Unik

Apabila menghasilkan Tory Burch Eau de Parfum, Tory rasakan dia perlukan sesuatu yang biasa namun cukup kuat, seperti aroma bapanya Buddy Robinson, iaitu Vetiver. Tumbuhan ini mempunyai ciri yang dinamik dan semula jadi, tidak cerewet dan tidak dijangka.

Bagi ciri-ciri yang lebih ceria dan optimis, gandingan sitrus dan buahbuahan seperti limau gedang, limau mandarin, bergamot dan neroli menjadi pilihan. Suntikan flora seperti peony merah jambu, tuberose, bunga melur dan alyssum pula menjadikan ia lebih feminin dan klasik.

Tidak lengkap wangian tanpa sesuatu yang kompleks, yakni nota kayu kayan seperti kayu cedar dan sandalwood menjadika wangian ini lebih mengesankan.

Inspirasi Botol Haruman

‘Fretwork’ memainkan peranan penting, ia satu elemen yang dipilih cukup sempurna sebagai signatur jenama ini malah ia juga cukup mengingatkan Tory mengenai kamar tidur ibunya. Kesimpulannya pakej wangian ini melambangkan memorinya bersama keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.