MENAWAN & MENGGODA

Jadikan bulan cinta ini untuk anda tampil menggoda dan menawan buat si kekasih hati!

EH (Malaysia) - - Ubah Gaya -

Gadis yang lebih mesra dengan panggilan Syima ini mempunyai wajah yang cukup fotogenik. Hadir ke studio cuma bergaya ringkas dengan ‘baby T’ dan berseluar jean, wajahnya polos, bibir hanya dicalit gincu terang, memberi ‘look’ agak matang dari usianya. Namun setelah siap disolek dan digayakan dengan ‘dress’ labuh rona lembut, Syima ternyata tampak berlainan. Apatah lagi di dalam gambar, Syima kelihatan secocok dengan usianya dan gayanya tampak lebih menyerlah. Ditanya mengenai gayanya ketika keluar janji temu, dia memang selesa bergaya dengan gaun labuh ataupun dengan gaya lebih ringkas iaitu ‘top’ bersama skirt. Untuk ‘look’ kedua kami pakaikan Syima dengan dress pendek, gaya ini lebih menampilkan gadis yang cukup feminin dan fun!

“Bibir Syima sememangnya sudah mungil semula jadi, jadi tidak perlu menggunakan pengilat bibir yang berlebihan.”

selepas

sebelum

SIAPA DIA? Nama: Nur Hasyimah Irwansyah Umur: 19 tahun Pekerjaan: Pelajar Tinggi: 156cm Berat: 50kg Asal: Subang Jaya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.