HELAH WAJAH ‘GLOWING’

Walau pun kulit wajah anda sihat tidak bermaksud kulit anda akan tampil berseri. Ketahui cara untuk kulit tampil ‘glowing’ dan menyerlah!

EH (Malaysia) - - Soal Cantik -

SOALAN: Kulit muka saya adalah normal, tidak terlalu kering dan tidak juga terlalu berminyak, namun wajah saya tampak kusam dan tidak bermaya, apa yang harus

Anis, Cheras dilakukan? -

Untuk memiliki wajah yang menyerlah sempurna, bukan sekadar bergantung pada alat solek dan juga tidak hanya pada penjagaan kulit semata. Ia perlukan keseimbangan, gabungan antara keduaduanya menghasilkan kulit sihat dan berseri. Tidak percaya? Cuba langkahlangkah berikut dan nilai sendiri hasilnya.

1 Pupur Sebelum Mula

Pakai pupur sebelum memulakan solekan akan memberikan kulit anda ekstra lembap, dan dengan itu kulit akan tampak lebih sihat dan bermaya.

2 Pemakaian Pelembap

Tidak kiralah jika kulit anda berminyak atau normal, pemakaian pelembap adalah perlu. Oleskan pelembap yang teksturnya tidak terlalu pekat selepas penggunaan pupur tadi. Kemudian, biarkan sekurang-kurangnya dua minit agar kulit dapat menyerap sempurna khasiat pelembap tadi.

3 Bedak Asas Cecair

Oleskan bedak asas dan biarkan selama beberapa minit. Ini akan membantu melembutkan tekstur kulit anda malah hasilnya juga tidak akan tampak kaku.

4 Pemakaian Penyerlah

Penyerlah hadir dengan pelbagai tekstur, ada yang berbentuk batang, kompak dan juga cecair. Namun yang seeloknya adalah berbentuk batang atau krim kerana tekstur sebegini memberikan hasil yang lebih asli dan mudah mesra pada kulit. Cara terbaik untuk mengoles penyerlah bedak adalah dengan menggunakan berus yang besar, ini kerana berus yang lebih besar memberikan sapuan yang lebih meluas dan ketara namun kekal semula jadi.

5 Pemerah Pipi Bersinar

Setelah selesai dengan pemakaian penyerlah di bahagian atas tulang pipi, layangkan tipis pemerah pipi yang bertekstur berkilau ( shimmer) pada tulang pipi. Struktur tulang pipi akan lebih menonjol dengan perbezaan ton antara penyerlah dan pemerah pipi.

6Sapu

Tipis Bedak Wajah Lut Sinar

Oleskan bedak tabur lut cahaya pada seluruh wajah untuk meminimumkan kilauan pada wajah dan membantu pembentukan wajah agar tampak lebih semula jadi dan lebih menyerlah.

PILIHAN

EH! IN2IT FACIAL HIGHLIGHTERS BENEFIT THAT GAL FACE PRIMER AUPRES AQUA ACTIVE SLEEPING MASK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.