PERATURAN DATE

EH (Malaysia) - - Peraturan Date -

Tempat dan Tema

Selidik dulu tempat pertemuan anda berdua sebelum memutuskan untuk mengenakan apa jua helaian. Terutamanya jika ini merupakan pertemuan debut anda. Bincang jadual dan aktiviti dating anda agar tidak underdressed atau overdressed.

Potongan

Tidak terlalu terdedah. Cukup sekadar berpotongan biasa tetapi tampil moden. Seeloknya ada satu potongan longgar seperti blaus sifon bersama seluar skinny jeans.

Warna

Elak menggayakan helaian rona dan rekaan sama dalam rona terang. Sebaliknya pilih dari kumpulan rona palet sama contohnya anda memilih rona lilac dan pasangan mengenakan hijau mint. Tampak lebih bijak dan sweet.

Fabrik

Bagi yang jarang berjumpa dek kerana urusan kerja, hargailah waktu 12 jam itu dengan sempurna. Justeru, penting untuk memilih fabrik yang selesa dan serap peluh. Elakkan ketidakselesaan fabrik campuran poliester, dan menyarung jumper bukanlah satu idea yang bernas. Oh ya, semak forecast cuaca sekali ya.

Gaya

Tarik hati si dia dengan gaya asli anda. Jangan cuba tampil seperti wanita atau selebriti kesukaan teman lelaki anda. Ingat, kadang kala lelaki suka memuji wanita lain lebih cantik sebagai motivasi kepada anda supaya sentiasa menjaga kecantikan dan penampilan. Paling menarik anda mengayakan aksesori, perhiasan kemas atau gaun yang pernah dihadiahkan oleh si dia.

Kemas

Pastikan kesemua helaian digosok dan tidak mempunyai cacat cela seperti warna pudar atau terkoyak.

Denim

Denim adalah pilihan terbaik dan mudah untuk tampak serasi tetapi tidak menjengkelkan.

‘Wannabe’

Mengikuti gaya pasangan selebriti antara bangsa mungkin tampak kolot dan overrated. Ubah sedikit dan suntik elemen tersendiri agar tampak lebih cool. Pakaian Dalam Saya percaya pakaian dalam yang selesa dan rekaan yang kemas akan menampilkan keyakinan yang luar biasa. Misalnya, pemilihan bra yang salah boleh merosakkan mood hari istimewa anda.

Kasut

Selain memilih kasut yang selesa, anda juga perlu menitik beratkan soal ketinggian pasangan anda. Jika si dia lebih rendah, sarungkan sahaja balerina leper. Tetapi andai si dia lebih tinggi, idea untuk menyarung kasut tumit tinggi perlulah berdasarkan pelan aktiviti dating dan pastikan ia memenuhi faktor keselesaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.