SEMAI CINTA

EH (Malaysia) - - Semai Cinta -

Selain bingkisan, meluangkan waktu bersama pasangan juga sama penting untuk menyemarakkan lagi rasa cinta! Ambil peluang untuk lakukan sesuatu yang jarang dibuat si dia. Lakukan kejutan buat pasangan anda dengan membawanya menikmati sesi belaian diri, selain anda dapat menikmati masa yang berkualiti ini, pasangan anda juga dapat merelakskan diri sekali skala. Jika diberitahu lebih awal mungkin si dia akan menolak kerana skeptikal mengenai rawatan kecantikan hanya untuk wanita, namun apabila anda membuat kejutan tidak mungkin dia menolak! Dan percayalah pasangan anda akan berterima kasih pada anda dek kerana kepuasan kala membelai diri di pusat kecantikan.

APA YANG BOLEH DICUBA:

Rawatan Wajah

Kini terdapat banyak rawatan wajah khas untuk pasangan, jadi ambil peluang ini untuk bawa pasangan anda bersama untuk melakukan rutin yang anda biasa

lakukan bersama ‘bff’!

Rawatan Kuku Tangan Dan Kaki

Siapa bilang rawatan kuku hanya untuk wanita? Sebenarnya lelakilah yang amat

memerlukan rawatan ini. Sekurang-kurangnya wanita boleh melakukannya sendiri, namun berbeza buat lelaki, potong kuku pun mungkin sebulan sekali. Tidak perlu dapatkan rawatan sehingga kuku berkilat cukup sekadar membuang kutikel, membersih dan merapikan bentuk kuku!

Rawatan Rambut Di Salon

Bukanlah perkara asing jika pasangan

anda tidak pernah ke salon untuk mendapat rawatan, kebiasaannya lelaki cuma sering ke kedai gunting rambut sahaja. Jadi jadikan hari istimewa ini sebagai kesempatan buat pasangan anda merasai rawatan rambut eksklusif di salon.

Dia pasti menyukainya!

Berurut Di Spa

Urutan untuk pasangan adalah salah

satu aktiviti wajib dilakukan di hari cinta! Seeloknya dapatkan urutan yang menenangkan (menggunakan minyak aromaterapi) buat seluruh badan, tentu ia dapat menyuntik ‘mood’ romantis

sepanjang hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.