BUAT BFF

Hari kekasih bukan sekadar hari istimewa antara anda dan kekasih, teman-teman rapat anda juga perlu diraikan!

EH (Malaysia) - - Buat BFF -

JURLIQUE CALENDULA REDNESS RESCUE

Set penjagaan kulit untuk teman anda yang mempunyai kulit sensitif, ia dapat mengurangkan masalah kulit kemerahan malah melembapkannya sepanjang hari.

BOBBI BROWN UBER PINKS COLLECTION

Koleksi solekan merah jambu ini secocok buat teman mu yang feminin. Hadir dengan dua pengilat bibir menawan, anda boleh pilih untuk anda juga!

SHISEIDO FACE COLOR ENHANCING TRIO

Bedak kompak serba guna ini boleh dijadikan pemerah pipi, ‘bronzer’ dan penyerlah! Jadikannya item patut diberi kepada ‘BFF’ sempena hari istimewa ini!

SALLY HANSEN SALON EFFECTS EMPRESS

Buat teman yang gemar merias kuku. Rias kuku dengan pelekat khas ini, dan pilih corak yang sesuai dengan penampilannya.

L’OREAL MYTHIC OIL SET

Set penjagaan rambut daripada syampu, pupur hinggalah minyak rambut. anda boleh lakukan di rumah bersama teman ‘and call it the hair pampering session’!

ESCADA BORN IN PARADISE

Wangian yang kaya dengan nota-nota flora ini hadir dengan botol yang cukup menawan. Sekuntum bunga rona merah jambu di penutupnya sebagai simbolik teman anda yang istimewa.

Seronoknya meraikan

hari istimewa ini bersama ‘BFF’ adalah segala aktiviti boleh dilakukan di rumah! Seperti memakai pupur, membuat rawatan kuku dan bermain alat solek! Malah, lebih untung andai hadiah yang diberi dapat dikongsi

bersama!

1.

2.

5.

3.

6.

4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.