Cinta Sherry Ibrahim

FESYEN DAN WANITA SEMEMANGYA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN SEPERTI TEMAN SEHATI SEJIWA. BEGITU JUGA DENGAN SHERRY IBRAHAM, PELAKON YANG BEGITU POPULAR MENERUSI DRAMA BERSIRI TEDUHAN KASIH. SHERRY BERKONGSI RAHSI DAN TIP FESYEN DAN KECANTIKAN.

EH (Malaysia) - - Jurnal Fesyen -

SANTAI

Gadis ini begitu gemar bergaya santai kerana dia cukup mementingkan keselesaan pada setiap penampilan. Bagi Sherry, keselesaan adalah kunci gaya yang memudahkan pergerakan. Jumper, LEVI’S Skirt fuschia, MIMPI KITA

GILA AKSESORI

Akui Sherry, dia bukanlah wanita tipikal yang sukakan kasut tinggi sebagai kesukaan peribadi. Sherry gemar aksesori rantai dempak dan juga beg tangan sebagai koleksi. Baju dan skirt fabrik kulit, JONATHAN LIANG Rantai dempak, SHOES SHOES SHOES

BERFESYEN IKUT MOOD

Bila ditanya apa stail utama Sherry, pantas dia menyatakan bahawa dia suka mencuba pelbagai gaya. Padanan denim ini antara yang jadi kesukaannya. Baju tanpa lengan, LEVI’S Seluar denim, LEVI’S Sut kelabu, JONATHAN LIANG Gelang, SHOES SHOES SHOES

HIDUP LEBIH SIHAT

Sherry yang dahulunya berisi kini cantik dalam apa juga persalinan. Bila ditanya apa rahsia, dia pantas menjawab senaman dan cara pemakanan yang betul. Gaun jingga terang, LEVI’S Beg kepit neon, SHOES, SHOES, SHOES

APA JUGA GAYA

Daripada gaya rock-chic kepada feminin, Sherry secara peribadinya menyukai skirt bunga ini yang menampilkan sisi kewanitaannya. Rantai dempak, SHOES SHOES SHOES Baju les putih, SURISARA Skirt motif bunga, SURISARA

(Dipakai bersama...) Beg tangan, DVF (Mungkin ini...) Kasut baji, GUESS

(Ganti dengan ini...) Seluar panjang, SISLEY

(Boleh juga dengan...) Tali pinggang, H&M

(Lebih edgy...) Kaca mata, MARC BY MARC JACOBS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.