Masa Bersama

Luahkan rasa romantis dan kasih sayang anda kepada pasangan dengan jam tangan STORM London. Jam tangan ini direka secara berpasangan untuk mereka yang ingin tampil sedondon sepanjang masa.

EH (Malaysia) - - Fail Gaya -

Untuk Pasangan Bersahaja

Jam tangan STORM Omari (Wanita) direka dengan bentuk yang sleek, sofistikated dan lengkap dengan penentu tarikh. Talinya pula ultra slim dan permukaan jam berbentuk segi empat tepat mencipta rekaan yang bersahaja namun masih bergaya. Jam ini diperbuat daripada keluli tahan karat dengan gilapan berkualiti tinggi. Rekaan ini boleh didapati dalam empat warna berbeza iaitu hitam, emas, emas ros dan putih.

Jam tangan STORM Omari XL (Lelaki) pula direka dengan tali keluli tahan karat dengan gilapan berkualiti tinggi serta permukaan kaca yang unik. Bentuk permukaan segi empat tepat memberi rasa klasik, juga lengkap dengan penentu tarikh. Koleksi ini boleh didapati dalam warna hitam, coklat, biru lazer dan slate.

Untuk Pasangan Bergaya

STORM Dulcie (Wanita) direka sebagai jam tangan dan juga gelang dengan empat baris tali berantai. Khas buat wanita aktif, jam ini kalis air dan mampu bertahan dalam kedalaman air sehingga 50 meter. Malah, jam ini dihasilkan dengan keluli tahan karat dan kristal berkilauan pada permukaan. Apa yang lebih menarik, tali jam tangan ini mudah diselaraskan mengikut pergelangan tangan anda!

Jam tangan STORM Dualox edisi terhad terbaru ini lengkap dengan dua penentu masa dan penunjuk tarikh. Keistimewaan utama jam ini ialah ia mempunyai pelindung Crown unik, yang memberikan perlindungan tambahan kepada winding crown. Malah, ia mampu bertahan dalam kedalaman air sehingga 50 meter. Jam ini boleh didapati dalam warna perak, hitam dan slate khas buat jejaka yang pandai bergaya!

Untuk Pasangan Aktif

Koleksi jam tangan STORM Neona (Wanita) sesuai untuk wanita yang inginkan jam sebagai penentu masa serta aksesori tambahan. Bezel jam ditatah dengan kristal Swarovski, malah jam ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang digilap dengan kualiti tinggi dengan

signature tali jam enamel STORM. Ia boleh didapati dalam warna emas, emas ros dan putih.

STORM Dualon (Lelaki) adalah jam tangan rekaan tradisional dengan lapisan roda yang boleh dilihat pada permukaan. Dualon hadir dengan tali kulit dan dua jam utama. Jam kalis air ini juga mampu punya kuasa melawan air sehingga 50 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.