KOLABORASI BILL RANCIC DAN TIMEX

EH (Malaysia) - - Berita + fesyen -

Ahli perniagaan, penulis, personaliti TV, family-man dan pemenang pertama rancangan realiti; The Apprentice, Bill Rancic menyertai ING New York City Marathon 2013 pada November lalu. Sewaktu penyertaan itu, Rancic di temani jam tangan Timex yang disuntik inovasi GPS yang dinamakan sebagai Timex®Ironman®Run Trainer ™2.0 GPS. Jam tangan ini mempunyai kuasa real-time pace, jarak, data kadar jantung dan kadar pembakaran yang dibuat semasa larian. Rancic memulakan larian di barisan terakhir dan setiap kali dia melepasi seorang peserta, Timex akan menyalurkan derma sebanyak satu Dollar Amerika kepada Fab-U-Wish iaitu satu badan bagi pesakit kanser payudara dan Ovari. Harga jam tangan ini RM678 seutas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.