RIZALMAN IBRAHIM, UMAR NAIL & AALI NAIL

EH (Malaysia) - - Love Talk -

Ramai yang sering ternanti khabar baru dua orang permata hati pereka fesyen tersohor ini di blog, Facebook dan Instagram.

Adakah kesibukan memenuhi tuntutan kerja membataskan masa anda bersama Umar dan Aali?

Bukan pereka fesyen sahaja yang sibuk, orang biasa juga menghadapi masalah yang sama. Mungkin saya sedikit bertuah kerana punya pembantu yang menolong memudahkan urusan menjaga anak-anak. Kadang-kadang saya sendiri fikir bagaimana staf-staf saya yang balik kerja lewat dan dalam masa yang sama perlu fikir soal tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Jadi pada saya soal masa tidak wujud kerana orang yang susah pun boleh menguruskan anak. Tapi biasalah, bila kerja ingat anak, bila di rumah bersama mereka dalam kepala kita fikir soal kerja pula. Ada anak-anak seronok sebab boleh main-main.

Karakter Umar?

I just don’t know. Umar sukar dijangka. Saya membesarkan Umar dengan cara saya sendiri berdasarkan pengalaman bagaimana saya dibesarkan dan juga pengaruh serta pengalaman yang dikongsi oleh klien dan teman rapat saya. Saya tidak ‘spoon feed’ all the time, jika dia hendakkan sesuatu dia kena usaha.

Ceritakan tentang kehadiran Aali?

Selama ini saya banyak bergantung pada Umar, begitu juga sebaliknya. Dan bukanlah saya tidak percaya pada takdir tetapi sekurang-kurangnya kehadiran Aali beri kami berdua pilihan. Maksud saya, jika selama ini jika ada masalah Umar akan kongsi dengan saya, jadi dengan adanya Aali mungkin satu hari nanti Umar boleh kongsi any secret dengan Aali, sama seperti adik-beradik yang lain. Dan dalam masa yang sama, bila adanya Aali dia akan ‘polish’ cara saya menguruskan keluarga, jaga kedua-dua mereka dengan baik dan mendidik saya memberikan kasih sayang kepada kedua-duanya sama rata.

Adakah anda bercadang meletakkan sebarang syarat atau menentukan sendiri pilihan aliran kerjaya Umar dan Aali suatu hari nanti?

Saya akan berikan mereka peluang untuk memilih sendiri, tetapi mereka perlu hadir dengan option.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.