Kredibiliti Gaya Peribadi

FAHAMI SETIAP INCI GAYA PERIBADI ANDA AGAR APA JUA YANG TERSARUNG KELAK CITA RASANYA LEBIH DIYAKINI DAN DIPERCAYAI.

EH (Malaysia) - - Idea & Ideal - *KEMUKAKAN SOALAN ANDA TERUS KEPADA YANA@BLUINC.COM.MY

1 Mahu membuat persediaan untuk musim bunga ini. Apakah trend yang akan hit? - Wanda, Petaling Jaya

Di sini saya senaraikan beberapa contoh berserta tip penggayaan siang dan malam:

● Metalik Tip gaya siang

Gandingkan seluar metalik rona pelangi berserta kemeja putih longgar dan sandal atau kasut sarung gaya ringkas.

Tip gaya malam :

Tidak perlu sarat, gaun rona metalik sudah punya kuasa yang boleh memancarkan keseluruhan penampilan anda. Solekan natural dan tipis dengan kasut rona gelap.

(pleats)

Padanan skirt lisu bersama baju-T ringkas atau jumper berserta kasut sukan atau but rendah.

Gaun sarat lisu dengan pemakaian aksesori minimum tapi punya impak dalam penampilan.

Pilih material kapas, gandingkan dengan seluar denim kemudian sarungkan kasut stitellos.

Gandingkan dengan kasut but tinggi, sarat aksesori!

2 Masa saya banyak dihabiskan di pejabat dan jarang untuk mempunyai masa untuk membeli-belah. Sesekali keluar, membuatkan saya buntu mencari ilham tentang sesuatu gaya, adakah ia kekal hangat atau sebaliknya. Bagi saranan anda apakah helaian yang patut saya laburkan untuk gaya santai dan ia kekal hangat sampai bilabila? - Ain, Rawang

Biarpun harganya sedikit tinggi, jaket kulit asli punya magis dalam padanan yang sangat luar biasa. Pilih rekaan yang ringkas tanpa sebarang perincian atau yang punya sedikit sentuhan quilted di bahagian bahu. Ia menyuntik imej ‘rock-n-roll’ biarpun anda memadankan dengan gaun labuh rekaan feminin. Meski, pemakaian jaket jenis ini akan mencipta

statement tersendiri, ia juga bergantung pada saiznya. Jangan terlalu sendat, biar tampak baju lapisan dalam boleh ‘bernafas’. Tetapi, jika anda mahu mencuba sama ada anda serasi dengan pemakaian jaket ini, tidak salah membeli dari material PU (lebih murah). Cuma materialnya mudah rosak dan sensitif.

Seluar denim potongan skinny dan jaket denim adalah item yang kekal lama. Sama penting seperti jaket kulit, kedua-dua helaian ini dapat menambah statement pada penampilan anda.

Penggayaan kasut ini mencipta mood hip untuk gaya kasual mahupun semi formal. Ia timeless, bukan sahaja menjadi penggemar muda-mudi malah golongan dewasa juga boleh tampil unik dan santai.

3 Saya mahu membangkitkan gaya gaun malam agar tampil lebih cool dan tidak membosankan. Ada cara paling mudah? – Zara, Dato Keramat

Penampilan dalam gaun malam yang segar adalah bergantung kepada kebijaksanaan anda menggayakannya. Tidak semestinya berharga mahal tetapi potongan yang unik, bercorak mahu pun berperincian ekstravaganza sudah memadai. Kadang kala cukup hanya dengan penambahan aksesori. Sila rujuk aksesori hangat pentas musim bunga ini:

Hermes

Stella McCartney

Kate Bossworth

Christian Dior

Givenchy

Chanel

Balmain

Oscar Dela Renta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.