Apa Lelaki Mahu Untuk Valentine’s Day?

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

Jangan buat perkara pelik-pelik pada lelaki di hari kekasih nanti. Silap hari bulan kasih yang baru mula menguntum layu sebelum berkembang.

Lelaki sebetulnya tidaklah suka meraikan hari kekasih apatah lagi jika hubungan yang dijalin bersama pasangan mereka berusia bertahun-tahun. Fasa pertama ‘mengayat’ wanita mungkin ya tetapi tidak perlu setiap tahun. Satu kajian yang dilakukan Reader’s Digest mendapati lelaki adalah individu yang tidak suka dirai. Baik apa jua sambutan – hari jadi, hari terakhir di tempat kerja atau kenaikan pangkat.

Dean Obeidallah dalam artikel Why I Hate Valentines yang dtulis untuk CNN Online menulis hari kekasih adalah sukar untuk lelaki kerana mereka harus memahami teori romantik dan semuanya yang dilakukan akan menjadi superficial, tidak natural dan sering dalam keadaan keterpaksaan untuk mencipta momen yang diimpikan wanita yang mereka dampingi. Tambah Dean, idea romantik seorang lelaki akan berlegar pada kualiti masa berdua. Bukan dirai dengan penuh mewah di restoran, hadiah yang mahalmahal dan kejutan yang tidak masuk akal. Lelaki bencikan kejutan apa lagi mahu memberikan kejutan. Hal ini harus dilihat dalam konteks lelaki biasa yang sederhana.

MENGAPA WANITA SUKAKAN HARI KEKASIH?

Wanita suka dirai, diberi perhatian dan dimanjakan baik dalam bentuk material, fizikal dan nurani. Ini apa yang ditulis Naomi Piercey dalam artikel Why Women Love Valentine’s Day. Tambah Naomi, hari kekasih memang bukan untuk meraikan lelaki dan sebagai lelaki mereka perlu peka dalam memainkan peranan memberi kejutan manis buat pasangan mereka. Lagipun hari istimewa ini hanya disambut setahun sekali dan tidak ada salahnya jika mereka mahukan sesuatu yang sedikit istimewa daripada pasangan. Hal ini sebetulnya berbeza jika dilihat pada sudut pandangan seorang lelaki kerana selain hari kekasih masih banyak lagi cara lain untuk menunjukkan kasih sayang mereka.

DAN KENAPA IA JUGA PENTING UNTUK LELAKI?

Menyambut hari kekasih tidak semuanya tentang berapa banyak wang yang seorang lelaki itu habiskan untuk menyambutnya tetapi sebetulnya lebih kepada bagaimana mereka bersungguh menghargai perhubungan yang dijalin. Jika dilihat dalam satu sudut lain, kebanyakan harihari yang anda lalui bersama pasangan adalah hari-hari yang penuh dengan kesibukan kerja dengan jadual masa yang begitu padat. Hal ini menurut seorang penulis sosial, Kevin East sebagai ‘deadline’ – di mana ada satu jangka masa tertentu buat tarikh tertentu untuk seorang lelaki memikirkan apa yang patut mereka lakukan sebagai penghargaan kepada pasangan. Setidaknya pada tarikh keramat ini akan menjadi ingatan buat mereka untuk melakukan sesuatu daripada apa yang biasa mereka lakukan.

ILHAM HADIAH BUAT LELAKI

Elakkan membeli sesuatu yang fizikalnya besar dan yang tidak akan mereka guna pakai. Tidak perlu berbelanja besar cukup sekadar mencipta momen yang akan mereka ingat sepanjang hidup. Berikut beberapa ilham yang boleh diikuti.

“Memori terbaik saya menyambut hari kekasih ketika bersama Paula (isteri) di Napa Valley. Hanya kami berdua dan suasana yang cukup relaks.” – ROBIN THICKE

East dalam artikelnya menulis dia adalah lelaki tipikal yang mempunyai idea bahawa tidak penting untuk meraikan hari kekasih. Namun setelah mempraktikkan hari istimewa ini dia mula sedar bahawa dengan menyambut hari istimewa ini bersama isterinya menemukan kepada beberapa perkara:

1 Dia lebih memikirkan betapa hebatnya wanita ini yang setia ada dengan dirinya yang kadang kebanyakan tindakan diambil ringan dan mudah.

2 Membuatkan komunikasi lebih berkesan. East mendapati dia akan mencari dan melihat apa obsesi terkini isterinya dan apa pula perkara yang tidak disukai.

3 Melihat kekurangan yang ada pada dirinya dan melihat betapa kasih sayang yang diberi oleh isterinya tidak berbelah bagi.

GROOMING Tidak ramai lelaki mahu menghabiskan wang dengan membeli produk grooming sekalipun mereka tidak nafikan bahawa penting untuk memiliki kelengkapan ini. Hadiahkan kelengkapan grooming buat mereka, beli barang-barang yang mereka tidak akan laburkan seperti electronic shaver atau set cologne Tom Ford Private Blend collection.

AKSESORI Pilih satu item seperti dompet, jam tangan atau kaca mata gelap yang menjadi kegemaran pasangan. Apa yang penting adalah ketahanan kerana lelaki jarang mahu membeli aksesori, jadi hadiahkan mereka satu aksesori yang berkualiti.

GAJET Ya mereka mungkin sudah lengkap dengan telefon pintar, tablet, komputer riba MacBook Pro dan kamera digital. Namun percayalah they never get enough of new tech. Mungkin kali ini anda boleh cuba berikan X-Box One atau Playstation 4.

TIKET Andai kata pasangan anda peminat tegar muzik hadiahkan tiket konsert kugiran kegemaran mereka atau mungkin tiket penerbangan ke lokasi idaman yang pernah diceritakan pada anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.