Hidangan Cina Memikat Selera

KADANG-KALA, SERONOK JUGA JIKA DAPAT MENUKAR SELERA KETIKA MENIKMATI HIDANGAN ISTIMEWA BERSAMA ORANG TERSAYANG.

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

Bagi mereka yang ingin mencuba kelainan dan menikmati hidangan bertaraf kelas satu, anda boleh membawa keluarga, rakan-rakan dan mereka yang tersayang ke Tao Chinese Restaurant. Restoran mewah ini terletak di aras satu hotel lima bintang Intercontinental Hotel Kuala Lumpur.

Tao yang bermaksud buah pic dalam bahasa Mandarin mempengaruhi seni hiasan restoran itu sendiri. Pengunjung boleh melihat jelas reka bentuk pintu masuk dan siling yang dipenuhi dengan ukiran kelopak pic April yang mekar dengan rona merah samar lembut.

Selain itu, teko perhiasan Cina menambah elemen tradisional di restoran itu. Ratusan teko ini didapati daripada seluruh Asia. Pengunjung berpeluang melihat dan juga membeli koleksi ini jika berminat. Bertetapan dengan koleksi teko tradisional istimewa ini, Tao Chinese Restaurant menyajikan teh hitam Cina yang mengandungi minyak Rosehip yang dikisar eksklusif untuk pengunjung Tao. Teh ini baik untuk kulit, dehidrasi, detoks, mengurangkan tekanan darah tinggi serta membaik pulih sistem peredaran darah.

Yang menariknya, kesemua bilik makan eksklusif di Tao dinamakan sempena nama maharaja dinasti di China. Restoran ini dibuka 7 hari seminggu dan menyajikan hidangan tengahari daripada jam 2.30 petang. Bagi yang ingin menikmati makan malam, restoran menyediakan hidangan istimewa dari jam 6.30 petang sehingga 10 malam.

Baked Cod Fillet with Spicy Plum Pomelo Sauce PATUT CUBA! Tirami

su

Traditional Peking Duck with Condiments Tao’s Signature Fried Rice with Seafood, Vegetable and Spicy Sun-dried Scallop Sauce

Double-boiled Bird’s Nest with Snow Pearl and Red Date

Fried Oysters with Mango Salsa Dressing

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.