Urbanscapes 2013 - Keraian Seni & Muzik

Dalam diam sudah tahun ke-11 pesta seni dan muzik terbesar tempatan ini merai penggemarnya. Tentu saja saban tahun ia menjadi satu keraian yang penuh memori.

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

Tidak pernah keterujaan mengunjungi sebuah festival sehebat ini. Urbanscapes yang saya mula kunjungi sekitar dua tahun lalu menjadi medan penggemar seni, sastera, muzik dan fesyen berkumpul menikmati pengalaman sebenar bersama bakatbakat tempatan dan antarabangsa dalam menzahirkan definisi seni mereka. Kali ini bertempat di Malaysia Argo Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 23 dan 24 November yang lalu, Urbanscapes sekali lagi mencipta sejarah sebagai pesta yang lengkap mengisi kehendak penggemar seni tempatan.

Tahun 2012 adalah antara pesta Urbanscapes yang terbaik pernah saya kunjungi. Mungkin saya bias kerana kebanyakan stage act yang membuat persembahan adalah kegemaran seperti White Shoes & The Couples Company, Yuna, Sigur Ros dan Sheila Majid. Namun tahun lalu juga tidak kurang istimewanya. Mungkin barisan persembahan yang pada mata saya kurang memberi keterujaan namun saya puas menikmati ‘scene’ yang jarangjarang dapat kita lihat. Menikmati matahari terbenam dari puncak bukit MAEPS dengan langit dan awan yang cantik sambil makan malam sementara menanti persembahan berikutnya. Pada malamnya di satu sudut pokok-pokok dihias lampu LED yang menyinar cantik suasana malam di MAEPS, disiapkan oleh artis terkenal berasal dari Sepanyol, Nacho Ruiz. Ini sesuatu yang rare untuk kita dapat di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Empat pentas utama disiapkan untuk beberapa program berbeza – Urbanscapes Stage, Upfront Stage, The Next Stage dan Deer in the Park. Setiap satu menempatkan persembahan berbeza sama ada muzik

Last Dinosaurs

Efterklang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.