Azwan Kombos

Tampil yakin mewarnai dunai lakonan dengan bakat yang ada. Azwan KOmbos mahu membuktikan bahawa dia juga mampu berdini ebaris senior dalan bidang lakonan hari ini.

EH (Malaysia) - - Feb 2014 - KONSEP / TEKS / PENATA GAYA: Hafiza Mohd GAMBAR: Edmund Lee GROOMING: Emy Agung PAKAIAN: H&M/Adidas

Kehadiran bakat-bakat baru dalam bidang lakonan hari ini semakin meyakinkan. Tidak sekadar bersandar pakej rupa mereka hadir dengan signature lakonan tersendiri. Bakat berusia 29 tahun ini salah seorang daripadanya yang percaya dengan disiplin tinggi dia mampu memberi impak kepada penggemar dunia

showbiz tempatan. Tidak kekok di depan kamera, merakam aksi penuh attitude- nya buat tatapan pembaca kami.

SEJAK BILA KECENDERUNGAN BERLAKON BERMULA

Sejujurnya agak lewat kecenderungan dalam bidang ini datang. Boleh dikatakan pada usia 25 tahun.

VISI ANDA DALAM BIDANG LAKONAN?

Sudah tentu mahu menjadi yang terbaik antara yang ada dan mahukan setiap watak yang dilakonkan memberi impak buat penonton.

KEPENTINGAN GOSIP DALAM MEMBINA KERJAYA DALAM BIDANG SENI

MAINSTREAM PADA PENDAPAT ANDA?

Sedikit sebanyak ia membantu namun perlu ada batas kerana jika terlebih ia akan mengganggu reputasi seseorang selebriti.

PRINSIP Disiplin, menepati masa dan sentiasa terbuka akan kritikan.

FILEM PALING ROMANTIK PERNAH ANDA TONTON

The Great Gatsby kerana bagai saya ia memberi tafsiran sebenar apa itu cinta.

PERKARA PALING ROMANTIS PERNAH DILAKUKAN BUAT KEKASIH?

Merakam video nyanyian sendiri.

PERKARA TERBAIK SEORANG LELAKI BOLEH LAKUKAN KEPADA WANITA MENURUT ANDA? Menikahi wanita itu. HAL YANG ANDA TIDAK AKAN LAKUKAN UNTUK MENARIK PERHATIAN WANITA?

Memandu dengan laju mungkin boleh menarik perhatian seseorang wanita namun tidak bagi saya kerana ia menunjukkan sikap sebenar seseorang lelaki itu.

INGIN DILIHAT TSEBAGAI INDIVIDU YANG BAGAIMANA?

Seorang yang tenang dan bersifat kebapaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.