Bulan Kasih Dan Sayang

Februari sentiasa dinanti ketibaannya bagi meraikan orang tersayang. Sebelum memberi tumpuan kepada orang lain, mari lihat apa kata bintang mengenai nasib cerita cinta anda.

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

ARIES

Hubungan penuh keghairahan. Kasih sayang anda tiada batasannya. Namun, sekuat mana rasa cinta anda berdua, sehebat itu jugalah perkelahian yang berlaku saban masa. Kalian bagaikan pasangan yang tidak boleh dipisahkan dan hidup dalam love-hate

relationship seperti Chuck Bass dan Blair Waldrof dalam siri Gossip Girl.

TAURUS

Bagi mereka yang masih bujang, desakan dari orang ramai terutamanya keluarga agar mencari pasangan memberi tekanan yang berpanjangan. Ia mengganggu ketenteraman hidup dan membuatkan anda kerap menjauhkan diri dengan mereka. Jika anda tidak mahu, berterusteranglah. Jangan terus beri harapan kepada keluarga yang anda akan menemui pasangan dalam masa terdekat ini.

GEMINI

Dalam setiap hubungan ada waktu suka dan duka. Itulah lumrah kehidupan. Namun, anda menganggap itu perkara serius lalu membangkit rasa bosan dalam hati. Apatah lagi, keinginan untuk menggoda dan bermesra dengan orang lain menjadi lebih tinggi kerana menganggap orang lain lebih mengambil berat mengenai diri anda berbanding pasangan sendiri.

CANCER

Anda berpendapat hubungan percintaan bersama pasangan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Hubungan kalian perlu berlandaskan rasa gembira tanpa ada masalah. Dengan itu, anda dapat menikmati setiap saat tanpa memikirkan masalah yang ada. Untuk mereka yang masih bersendiri, anda bakal dikejutkan dengan pertemuan bersama lelaki idaman yang kukuh ekonominya.

LEO

Tahun ini, anda berazam ingin menjadi pasangan cinta yang lebih baik. Kerana itu, jika anda masih bujang, anda tidak ingin membuang masa dengan seseorang yang bukan ‘The One’. Anda lebih rela menumpukan perhatian kepada kerja selagi belum berjumpa idaman hati.

VIRGO

Mereka yang baru sahaja mengikat hubungan cinta dengan seseorang menyedari bahawa dia yang anda puja mempunyai masalah peribadi sendiri. Di sinilah anda perlu memainkan peranan sebagai seorang pasangan yang baik dengan membantu kala diperlukan. Hari ini hari dia, mungkin esok lusa anda pula.

LIBRA

Hubungan anda bersama si dia sama ada semakin maju atau putus di tengah jalan. Bagi yang sudah berputus asa dengan hubungan, kalian merasakan sudah tiba masa untuk membuka peluang kepada orang lain yang lebih menghargai anda sebagai pasangan. Atau ada antara kalian yang semakin mekar rasa cinta. Si bujang Libra pula terlalu sibuk untuk fokus dalam hal percintaan yang bagi mereka remeh temeh!

SCORPIO

Tiada apa yang berubah. Yang sudah berpasangan, hubungan masih di situ tanpa ada naik atau turun. Bagi yang masih bujang, anda sibuk dengan kerja dan banyak meluangkan masa bersama keluarga serta rakan-rakan.

SAGITTARIUS

Tahun 2014 adalah tahun membaiki diri untuk si bujang Sagittarius. Anda lebih menghargai kebolehan diri sendiri dan menghabiskan masa bersama keluarga yang disayangi. Mereka yang sudah berkahwin pula merasakan hubungan yang ada terasa hambar. Terpulang kepada diri sendiri bagaimana ingin membuatkan hubungan kembali mesra dan romantis.

CAPRICORN

Berita baik untuk mereka yang mencari-cari siapa akhirnya akan menjadi kekasih hati. Si bujang Capricorn tidak perlu gusar kerana cinta yang dicari sebenarnya mungkin berada di depan mata. Kalangan rakan-rakan mahupun saudara terdekat barangkali berkenan pada anda. Yang sudah punyai pasangan, tabahlah kalian dalam mengharungi cabaran sepanjang tahun ini.

PISCES

Mencari belahan hati (soulmate) adalah perkara teratas dalam

to-do list anda setiap tahun. Namun, keghairahan anda dalam mencari keseronokan dunia dan mementingkan kebebasan menyekat anda daripada membuat keputusan yang betul dalam mencari lelaki terbaik yang mampu menyayangi anda sehingga hujung usia.

AQUARIUS Sudah tiba masa untuk anda menjadi lebih serius dalam perhubungan, tidak kira kepada mereka yang masih bujang mahupun yang sudah berpasangan.

Isla Fisher berbintang Aquarius lahir pada 3 Februari 1976.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.