Berdikari Atau Clingy?

Wanita dicipta pelbagai rupa, gaya dan peribadi untuk melengkapkan kehidupan lelaki.

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

WANITA BERDIKARI

Mereka mampu untuk membuat perkaraperkara asas seperti membayar bil, membeli keperluan dapur dan memandu ke tempat kerja tanpa perlu bantuan lelaki yang mereka sayangi. Kebanyakan mereka juga mempunyai sumber pendapatan sendiri dan berupaya membuat segala hal tanpa ada masalah. Namun, ramai lelaki takut mendekati wanita yang terlalu berdikari kerana bimbang kedudukan mereka sebagai lelaki dipijak dan tidak dihormati.

MANJA DAN CLINGY

Secara realitinya, wanita clingy bukanlah kekasih yang teruk. Sikap mereka yang terlalu bergantung kepada lelaki yang mereka sayangi adalah kerana rasa tidak yakin pada diri sendiri dan rasa ragu terhadap kekasih akan kesetiaan mereka. Mereka lakukannya hanya kerana rasa cinta yang terlalu mendalam dan punya sifat memiliki. Terdapat garisan halus yang membezakan antara terlalu clingy atau kekasih yang terlalu menyayangi.

WANITA CLINGY

TAYLOR SWIFT boleh dikatakan sebagai kekasih yang clingy. Dia dilihat sebagai wanita yang tidak boleh hidup tanpa lelaki berdasarkan sejarah percintaannya yang melibatkan dia dengan terlalu ramai selebriti. Apabila kecewa mahupun suka, dia akan menulis lagu mengenai perhubungan itu. Namun, dia membidas mengenai gelaran itu menerusi temu bual bersama majalah Vanity Fair isu April 2013 dengan mengatakan dia seorang seksisme dan menegakkan haknya sebagai wanita.

NICOLE RICHIE

ditinggalkan kekasihnya, Joel Madden kerana bersikap terlalu clingy. Mereka berpisah selepas bergaduh di MTV Music Video Awards 2007 di Australia.

Nicole Richie

Taylor Swift

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.