Best Friend Forever

EH (Malaysia) - - Feb 2014 - PILIHAN EDITOR

Februari hadir lagi dan bulan ini sinonim sekali dikaitkan dengan cinta. Saya sarankan aura romantik bulan ini usahlah dibatasi sahaja pada si dia, hamparkan kasih itu buat keluarga juga teman rapat kamu yang selama ini setia bersama. Ya, mengapa harus meraikan bulan cinta dengan si dia yang kamu sayang sahaja, sedangkan pabila kamu bergaduh, bertengkar mahupun putus cinta dengan kekasih hati, yang kamu cari adalah teman baik. Pada merekalah kamu lepaskan segala-galanya, menangis bagaikan dunia sudah berakhir.

Dan saya cukup hairan dengan orang yang bila sudah ada kekasih baru boleh lupakan kawan-kawan. Jika dulu jika diajak keluar bermacam-macam alasan; penat, banyak kerja, stres dan bila ada boyfriend/girlfriend tiba-tiba punya banyak masa terluang, tenaga membuak-buak dan istilah stres tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Bila ditegur mereka fikir teman-teman cemburu melihat dia bahagia. Oh please!

Saya bersyukur kerana saya punya kelompok teman rapat yang ramai. Teman yang boleh dijadikan tempat bergantung harap di waktu susah. Teman atau BFF saya ada antaranya saya kenal sejak di sekolah menengah lagi dan kerana rapatnya kami, masing-masing boleh bertandang ke rumah keluarga masing-masing bila-bila masa walaupun teman kami tiada. Dan baru-baru ini tiga bulan berturut-turut tiga teman rapat saya dimasukkan ke hospital, belum pun sempat keluarga datang melawat, teman-teman lain sudah tiba dulu. Teman-teman baik saya pula datang dari pelbagai lapangan dengan bermacam-macam kebolehan, jadi secara tidak langsung gaya hidup mereka memberi warna pada diri saya.

Saya percaya selain keluarga, kawankawanlah juga banyak mempengaruhi personaliti dan peribadi kita. Seperti saya, saya yakin kamu juga punya sekelompok teman yang boleh kamu hubungi bila-bila masa kamu memerlukan. Kawan yang baik adalah kawan yang ‘menikam’ kamu di depan, yang boleh menegur buruk kamu serta menjadi pengkritik yang penuh jujur. Dan kata orang, kawan sejati adalah yang memberi kamu kebebasan mutlak untuk kamu menjadi diri sendiri.

Tetapi dalam seronok berkawan, pesan saya usah kita lupa pada keluarga. Sesetengah orang muda bila berkawan sampai lupa dunia. Hendak pulang ke kampung jenguk ibu dan ayah pun tiada masa. Bijak-bijaklah membahagi kasih dan masa kamu kepada keluarga, BFF dan juga si dia.

TOD’S

Dapatkan EH! edisi digital hari ini! Lawati www.eh.com.my untuk maklumat lanjut.

GUESS

ADIDAS

SHISEIDO

CHANEL

AVON

COACH

DIOR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.