Pakar Sakit Hati

BHG 2: MAX DAN NINA

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

“Sakit hati, tau tak! Semua benda pun nak tanya mak dia! Nak beranak ke tak pun, mak dia yang tentukan! Uterus I ni, mak dia punya ke?!”

Apalah nasib aku dapat si memekik ni, rungut Max dalam hati. Patutnya waktu lunch tengahari tadi, dia minum kopi ‘kaw’ dulu, baru boleh menghadap pesakit ni. Tak apalah, nanti masa dia tak pandang, aku telan Xanax sebiji.

Pesakit ataupun klien Max petang tu namanya Wanda. Wanda telah berkahwin dengan Khairy selama sebulan setengah. Ya, kau orang tak salah baca...sebulan setengah. Dan belum apa-apa lagi, pasangan ni dah sampai ke klinik kaunseling pasanganpasangan bermasalah yang dimiliki oleh Max dan rakan kongsinya, Sandra.

Masalah Wanda ialah dia telah berkahwin dengan seorang mummy’s boy. Kata Wanda, sebelum kahwin isu ni tidak pernah timbul. Tapi selepas kahwin, makin menjadi-jadi pula campurtangan mak Khairy dalam urusan rumah tangga mereka. Mak Khairy yang pilih di mana dia orang patut beli rumah, mak Khairy yang tentukan Wanda kerja kat mana...dan isu terbaru, mak Khairy dah bersedia nak timang cucu.

“I belum bersedia! Dia tak faham ke? Macam mana dengan ‘carrier’ I?”

Max nyaris terlepas tawa kecil. Kau sebut “career” pun tak betul, ada hati nak cakap pasal tu. Dan career lah sangat kerja kat kafe hipster tu! Ni kira baik Max cakap dalam hati saja. Selalunya Max pakai ‘sound direct

therapy’ dia tu. Tapi petang ni rasa macam tak berapa bertenaga pula nak uruskan Wanda ni. Karang nak uruskan laki dia pula. Hari ni sesi berasingan katanya.

“Aspek mana dalam kehidupan awak yang awak lebih pentingkan?” tanya Max.

Wanda mengecilkan matanya dan merenung Max. “What do you mean?”

Ni lagi satu masalah Wanda. Setiap ayat yang keluar dari mulut orang, dia akan curiga dan anggap ayat tu satu kecaman terhadap dirinya. Paranoid tak tentu pasal.

“Maksud saya, awak lebih pentingkan apa dalam hidup awak, buat masa sekarang? Keluarga atau kerjaya?”

“Oh! Awak nak cakap saya ni pentingkan diri sendiri lah?”

Max mengeluh. Kuat.

“Excuse me?! Isn’t it rude for a therapist to do that?”

“Do what?”

“Mengeluh kuat-kuat macam tu depan klien! Hei, ini perkhidmatan berbayar tahu!”

“Haah. Perkhidmatan yang dibayar oleh mak mertua awak,” Max mengingatkan.

Wanda membuat muka terkejut dan menarik nafas dalam-dalam, seolah-olah menyabarkan dirinya sendiri. “Awak tak berhak nak ungkit pasal itu!”

“Saya ni therapist awak. Saya boleh ungkit

apa saja yang saya suka, if I think that puts you on the road to recovery,” balas Max, selamba. “Oh, jadi ni sebahagian daripada terapi awak lah?”

“Ya! Saya perlu menyedarkan awak yang mak mertua awak mainkan peranan dalam hidup awak! Pernah dengar frasa “You marry

the person, you marry the family?” soal Max. “Duh! Tahulah itu. Tapi saya berhak tentukan kehidupan saya sendiri kan?”

“Boleh. Tak ada masalah. Duduklah jauh daripada mak mertua awak. Tapi ni tak. Mak mertua awak offer nak belikan rumah, terima. Kerja awak pun dapat melalui

recommendation mak mertua awak kan?” Wanda terdiam. Tahu pula kau diam, getus hati Max. Max cukup masak dengan jenis-jenis yang macam ni. Konon nak berdikari, nak hidup sendiri lah – tapi kalau orang hulur bantuan dalam bentuk kemewahan, laju saja terima. Dia akan cakap “Dah orang nak bagi” ataupun “Rezeki jangan ditolak.” Hei! Hakikatnya orang macam ni mana reti hidup susah. Dia dah terbiasa hidup senang. Tapi pada masa yang sama, dia nak tunjuk yang dia pun melalui kesusahan macam orang lain. Jadi, dia akan cipta drama tersendiri. Padahal benda tu bukan hal besar pun.

“Mak mertua awak bukannya mintak benda tak logik pun. Standard lah tu, orang tua nak cucu. Daripada apa yang awak cerita pun, dia tak ada lah pressure sampaikan setiap kali jumpa, dia tanya pasal uterus awak tu dah berisi ke belum...”

“Awak ni sebelahkan saya ke, sebelahkan mak mertua saya? Ke sebab mak mertua saya yang bayar semua sesi kaunseling ni, awak dah termakan rasuah?”

Whoa! Keras tuduhan tu. Max cukup tak gemar orang tuduh-tuduh macam ni. Mahunya terbalik juga meja ni nanti. Tapi Max tahan sabar. Lagipun zaman dia berdarah panas dah ditinggalkan di zaman muda-mudi dulu. Sekarang ni, Max dah penat nak bergaduh dan melayan baran. Tak berbaloi pun.

“Kalau awak tak puas hati dengan perkhidmatan saya, awak boleh berhenti. Beritahu dengan mak mertua awak yang awak dah tak nak datang sini lagi. Boleh?”

Sekali lagi, Wanda terdiam. Max senyum, sinis. Dia tahu Wanda takkan berani buat macam tu. Sebab kononnya, Wanda tak tahan dengan setiap kritikan mak mertuanya. Kalau dia berhenti sesi ni, dah tentulah mak mertuanya dapat bahan baru untuk mengkritik Wanda.

“So what? You’re saying I should stand up against her?” tanya Wanda. “Cik Wanda, dalam hidup ni kita sama ada menyesal buat sesuatu ataupun menyesal tak buat sesuatu. Menyesal tak buat sesuatu, awak dah cuba. Dan hasilnya tak memberangsangkan, kan? Awak masih tak happy. Jadi apa salahnya cuba jalan yang lagi satu?”

Tiba-tiba mata Wanda nampak macam bersinar-sinar. Drama queen betul minah ni, komen Max dalam hati.

“Oh my God, I... I never though of it that way. That’s so deep, doc!”

Max memandang Wanda dengan sedikit

curiga. Deep ke? Biasa saja. Minah ni perli aku ke apa? Hmm... nampak macam ikhlas. Eh eh, dah aku pula yang paranoid macam dia kenapa!

Wanda berjaya menitiskan setitis air mata dengan penuh dramatisnya dek penemuan baru Dr. Max tu – walaupun Max sendiri rasa benda tu common sense. This is what happens when common sense is no longer common.

* * * “Dr. Max, ada walk-in ni. Nak terima tak?” Suara pembantu peribadi Max, Maria berkumandang melalui interkom ofisnya. Max mengerling jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 5.15 petang. Max boleh tolak. Tapi sebab 15 minit nan lalu, Max baru saja menelan sebiji Xanax dan dia kini berasa tenang tanpa sebarang masalah – Max telah membalas, “Sure. Maria. Send

them in.”

Maria tak beritahu Max yang kliennya ini hanya datang seorang, dan Max hanya tahu bila seorang wanita paling cantik yang Max pernah lihat masuk ke dalam ofisnya jam 5.18 petang itu.

Mungkin kerana Max sudah menelan sebiji Xanax, tapi ada sesuatu dalam pergerakan wanita itu yang memukau pandangan Max. Ada sejenis kelemahan dalam langkahnya yang longlai membuatkan Max ingin memeluknya dan mengatakan,

“Everything’s going to be okay.” Gila kan? Sedari tadi, wanita itu berjalan masuk sambil matanya diredupkan ke lantai. Akhirnya bila dia mengangkat muka dan memandang Max, terdapat sepasang mata kuyu yang Max tahu sudah tidak menikmati tidur selama berbulan, mungkin bertahun lamanya. Tetapi bibirnya tetap menguntum senyum – senyum tampal khas buat sesiapa yang belum mengenali dirinya, dan belum mengetahui kesakitan dalam hatinya.

Dan buat masa ini, orang itu adalah Max. Orang yang masih belum mengenalinya. Tapi saat itu juga, Max nekad untuk mengetahui masalahnya. Apa agaknya yang mampu menyerap segala tenaga dari jasad yang Max yakin masih belum pun mencecah usia 30 ini?

“Dr. Maxfuz Mohamad?” dia bertanya sambil meletakkan payungnya di tepi sofa. Ya, dia membawa payung. Siapa saja yang membawa payung dalam era kemajuan ni,

di mana manusia tak kisah untuk berpanas dan berhujan dalam mengejar apa yang mereka mahu? Tapi Max dapat rasakan yang wanita ini tak lagi mengejar. Dia sudah tidak larat hendak berlari. Dan Max ingin tahu kenapa.

“Just call me Dr. Max,” kata Max sambil melangkah ke depan dan menghulurkan tangannya. “Puan...?”

“Nina. Nina Baharom,” jawabnya. Kemudian dengan nada yang lebih sayu, dia menambah, “Cik Nina Baharom.” “Oh. Belum kahwin? It’s alright. It’s

couples’ therapy, tak kira sama ada you dah kahwin ataupun belum...” “Saya dah kahwin,” Nina memintas. “Janda?” mulut Max yang dah terbiasa dengan ‘sound direct therapy’nya itu hari ni jadi musuh pada Max.

Nina senyum, sambil duduk di atas sofa. “Balu.”

Max yang baru hendak duduk berhadapan dengannya terhenti seketika. Dia menyambung duduk sebelum bersuara...

“Maafkan saya, Cik Nina. Tapi Cik Nina tahu klinik ni untuk merawat pasangan bermasalah kan?”

Nina mengangguk. Lesu. “Saya ada masalah dengan pasangan saya, Dr. Max. Masalahnya ialah walaupun pasangan saya dah meninggal dunia, dia masih belum meninggalkan saya.”

Max terdiam seketika. Beberapa diagnosis lalu-lintas dalam kepalanya. Post-traumatic stress disoder? Major depression? Schziphrenia?

Supernatural?

“Jangan risau, Dr. Max. Ini bukan cerita hantu,” kata Nina, seolah-olah dapat membaca lintasan fikiran Max yang terakhir tu. Sekali lagi, kesedihan dalam senyuman Nina terlalu jelas, ia menyakitkan sesiapa yang memandang – apatah lagi tuan empunya badan.

“Saya... nampak dia di mana-mana. Di setiap ruang dalam rumah saya. Saya dapat rasa dia tidur di sebelah saya setiap malam. Dia berbual dengan saya. Saya tak pedulikan dia. Saya tahu tu sekadar bayangan saya. Saya tak nak jadi gila, Dr. Max. Tapi saya... dia...”

Kata-kata Nina digantikan dengan esakan perlahan. Sepanjang Max bekerja, dia cukup tak suka klien yang menangis. Dia menyampah.

Dan kali ni, Max masih tak suka. Tapi bukan sebab dia menyampah. Sebab dia dapat rasa kesakitan Nina, dan itu menakutkan Max. Max tak pernah rasa dekat dengan mana-mana pesakitnya.

Professional detachment – Max paling pakar dalam hal itu.

Jadi kenapa? Kenapa Max mula rasa yang dia bakal tewas dalam kepakarannya sendiri?

NADIA KHAN

Nadia Khan seorang pengajar dalam bidang perubatan memiliki minat mendalam dalam bidang penulisan. Namanya mendapat perhatian penggemar Sastera Melayu Moden dengan debutnya Kelabu diikuti antologi cerpennya berjudul Cerpen yang kedua-duanya diterbit oleh Buku Fixi. Agensi Curi Jodoh merupakan tulisan khususnya buat pembaca

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.