Beyonce & Jay Z

Berpengaruh dan cukup ikonik. Dua individu ini sentiasa dinantikan kemunculan mereka baik di karpet merah mahupun karya-karya seni muzik yang sentiasa mendapat perhatian dunia.

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

JAY-Z

Rapper yang dilahirkan sebagai Shawn Corey Carter di Brooklyn ini mula melibatkan diri dalam bidang muzik sejak remaja lagi dengan menubuhkan rekod label sendiri, ROC-A-Fella Records pada 1995. Di saat banyak syarikat rakaman yang menolak idea muzik hip-hopnya yang dianggap rebellious ketika itu, debut yang diberi judul Reasonable Doubt ini berjaya terjual lebih sejuta unit dan hanya selepas itu bakat Jay-Z mendapat perhatian dunia. Daripada hit 99 Problems ke Holy Grail bersama Justin Timberlake, Jay-Z membina empayarnya tersendiri terutama dalam dunia muzik hip-hop. Sehingga kini Jay-Z menerima enam belas penganugerahan Grammy daripada enam puluh pencalonan dan enam daripadanya diterima menerusi rekod terbarunya, Magna Carta.

Tiga album terawalnya selain Reasonable Doubt iaitu The Blueprint (2001) dan The Black Album tersenarai dalam 500 Greatest Album All Time oleh majalah muzik terkemuka, Rolling Stone. Kerjaya Jay-Z tidak sekadar bergerak solo. Lima daripada tujuh belas album yang dirakam merupakan album kolaborasi

“Diana Ross adalah inspirasi kami. Membesar dengan lagu-lagunya dengan gaya yang tersendiri dan classy.” - Beyonce

bersama nama-nama besar dunia muzik seperti R.Kelly (The Best of Both World), Collision Course (Linkin Park) dan Watch The Thrones bersama Kanye West. Jay-Z sentiasa dilihat sebagai instrumen penting dalam perkembangan muzik hiphop dunia sehingga hari ini biarpun semakin banyak bakat baru yang mencuba nasib dalam bidang ini.

BEYONCE

Seperti bintang pop lain, Beyonce bermula dari bawah dengan menganggotai kumpulan muzik R&B dan Soul yang cukup diingati sehingga hari ini, Destiny’s Child pada 1993. Beyoncé Giselle Knowles-Carter dilahirkan di Houston dan seawal usia lapan tahun Beyonce sudah mula serius mahu melibatkan diri dalam bidang nyanyian. Bersama dua teman rapatnya Kelly Rowland dan LaTavia Roberson mereka mula memasuki pertandingan nyanyian yang dianjurkan di sekitar Houston. Debut pertama Destiny’s Child yang diterbitkan pada 1998 menampilkan hit No, No, No dan bersama kumpulan vokal ini, Beyonce menghasilkan empat album studio keseluruhannya.

Selepas mengumumkan Destiny’s Fulfilled sebagai album studio terakhir mereka, Beyonce bergerak solo dan nyata percaturannya kali ini tidak sia-sia apabila album solo pertamanya, Dangerously In Love (2003) mendapat sambutan cukup luar biasa dengan beberapa hit utama seperti Crazy In Love dan Baby Boy. Sehingga hari ini Beyonce memiliki lima buah album studio dengan karya terbarunya yang mencipta rekod tersendiri apabila dilancarkan secara mengejut dan mendapat sambutan yang luar biasa.

BEYONCE UNTUK KEMPEN H&M

2011

MTV Video Music Awards menjadi momen di mana Beyonce memberitahu umum tentang kehamilannya. Beyonce

di atas pentas menyebut “Tonight I want you to stand up on your feet, I want you to feel the love that’s growing inside of me.”

2008

Mereka dikhabarkan mendirikan rumah tangga secara sah dalam acara yang cukup eksklusif. Tiada gambar rasmi yang diedarkan untuk dikongsi umum.

1998

Beyonce bersama line

up awal Destiny’s Child

2003

Pertama kali muncul berdua di khalayak ramai ketika menonton perlawanan NBA All-Star 2003.

2002

Bonnie & Clyde merupakan single pertama kolaborasi dua personaliti hebat ini dan mereka dikatakan mula rapat ketika merakamkan trak ini.

2005

Menghabiskan masa bersama di St. Tropez

2013

Menghabiskan masa bersama di Cuba sempena ulang tahun kelima perkahwinan mereka April tahun lalu.

2012

Blue Ivy Carter dilahirkan pada 7 Januari 2012.

Barbie Doll bernilai sehingga AS$80,000 ini dikatakan menjadi hadiah ulang tahun pertama Blue Ivy.

Beyonce tampil dalam kempen minuman ringan Pepsi.

Jay-Z tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.