Coretan Kembara Fiesta

EH! bersama Ford meraikan edisi terkini rangkaian Ford Fiesta yang hadir cukup sporty dengan ciri ketahanan enjin dan rekaan yang mengagumkan.

EH (Malaysia) - - Feb 2014 -

Chiang Mai menjadi lokasi EH! bersama hampir dua puluh wakil media tempatan yang lain bagi memandu uji Ford Fiesta terbaru sekitar November lalu. Kami ditempatkan di Holiday Inn dan seawal jam lapan pagi kami berkumpul bagi satu sesi perkenalan terhadap Ford Fiesta. Beberapa ciri utamanya dinaik taraf terutama enjin yang menggunakan teknologi Ecoboost Engine 1.0-Litre yang disifatkan sebagai ekonomi bagi kereta dengan enjin 3-Silinder. Apa yang anda perlu tahu tentang konsep teknologi Ecoboost Engine ini adalah hasil pemanduan yang lebih lancar tanpa bunyi enjin yang bising, gegaran ketika memandu dan kekasaran enjin juga kurang dirasai. Ford sememangnya terkenal ketahanan

body kereta yang kukuh di mana menurut wakilnya 55 peratus daripada bahan utama adalah besi dan boron.

Rekaan Ford Fiesta terbaru ini lebih kompak dengan elemen aero-dinamik yang cukup stylish. Rekaan kabinnya cukup

sleek dengan perincian warna hitam dan kelabu pada hampir keseluruhan kabin.

Di stereng kenderaan disertakan remote audio yang memudahkan pemandu menukar siaran radio atau mengawal sistem bunyi dalam kabin.

Setelah tamat sesi pengenalan terhadap Ford Fiesta terbaru ini, di bahagian tempat letak kereta luar hotel sudah bersedia lebih sepuluh kereta yang bakal dipandu oleh delegasi media. Sebanyak empat hentian ditetapkan meliputi lebuh raya, jalan lurus dan berbukit mengelilingi sebahagian besar Chiang Mai. Setiap media diberi peluang memandu secara bergilir-gilir bagi merasai sendiri pengalaman memandu Ford Fiesta terbaru ini.

Bermula dengan sesi City Road, Highway, kami memandu sejauh 30 kilometer bagi menguji keselesaan pemanduan di lebuh raya, kedapan bunyi kabin kereta dan kelancaran penukaran gear kereta. Bagi sesi kedua Local Road, Winding Road Up Hill – kami memandu sejauh 20 kilometer menuju ke Proud Phu Fah dengan merentasi beberapa pusingan bukit tinggi. Berhenti di Proud Phu Fah, kami berehat seketika sambil menikmati hidangan ringan yang disediakan berserta pemandangan cukup indah lereng bukit Chiang Mai. Di sini juga kami diberi lebih penerangan tentang enjin dan ciri keselamatan oleh wakil Ford sebelum meneruskan perjalanan.

Pemandangan indah menjadi jamuan mata kami yang memandu menelusuri keindahan Chiang Mai. Suasananya cukup nyaman biar mentari terik menyinari angin masih melambai lembut. Di sesi ketiga pemanduan kami diuji sedikit ‘keras’ dengan merentasi turun naik beberapa kawasan bukit berliku sepanjang 18 kilometer. Di sini kestabilan pengendalian stereng, brek dan sporty

mode kenderaan ini diuji. Setelah merasai sendiri pengalaman memandu ini, boleh dikatakan pengendalian Fiesta terbaru ini amat mudah dan ringan. Pengawalannya tidak sukar terutama ketika menuruni cerun bukit yang berpusing-pusing. Hentian terakhir kami sebelum memandu pulang ke hotel adalah di Thai Elephant Conservation Center bagi merakam gambar kenangan bersama semua media yang hadir.

Apa yang boleh disimpulkan pengalaman memandu Ford Fiesta merupakan satu pengalaman yang cukup baik sekali dalam memberi pendedahan sebenar pemanduan secara total. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2010, wakil Ford memberitahu penjualan sehingga fasa pertama 2013 mencecah sehingga 10 juta unit. Sehingga artikel ini ditulis, bagi anda di Malaysia Ford Fiesta bakal menjengah pasaran tempatan sekitar Mac atau April dengan harga atas jalan bermula RM96,000.

Hentian Conservterakhir

di Thai ation Center Elephan

t

Ruang dalam kabin New Fiesta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.