Kongsikan bersama kami!

EH (Malaysia) - - Salam - - Nurul Shakinah Abdullah, Port Klang

JATUH CINTA DENGAN EH!

Pertama kali melihat majalah ini matimati saya sangka ia English magazine. OMG! majalah tebal ini dalam bahasa kebangsaan kita. It’s Malay version. I like

it! Honestly saya terkesima buat seketika tatkala menatap majalah ini. Terasa berbaloi dengan bajet untuk membelinya. Hanya seketika membelek helaian EH! Ya.. I Fall In

love Again [cinta yang tak boleh disamakan dengan cinta pada manusia]. Namun setelah beberapa bulan menyulam rasa dengan EH! saya kecewa yang teramat sangat. Kenapa lambat sangat mata ini menangkap kelibat majalah EH! di sebalik deretan majalah lain di toko buku? Memang sangat terkilan rasanya. Tapi akhirnya saya berkata pada diri “It’s okay babe, Insya-Allah lepas ni date I ke Toko Buku Wak Aceh tu hanya untuk EH!

EH! helaiannya umpama tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Sentiasa

in (mungkin untuk saya saja). Tak pernah rasa bosan walaupun dibaca, dipandang dan dibelek berapa kali biar tahun berganti tahun. Koleksi EH! umpama rujukan semasa saya. Setiap kali menatap penghias wajah hadapan EH! saya rasa semacam. Rasa terharu barangkali.. almost perfect. TIDAK! Ia sangat sempurna. Terasa berbaloi sangat menanti setiap bulan. Rasa teruja menanti hari bertemu EH! baru. Hampir tidak kelihatan cacat celanya. Sehinggakan setelah EH! dalam genggaman ketika mahu melelapkan mata saya sempat berbisik lagi “See you tomorrow EH! Can’t wait for our new adventure.” Hampir gila bayang dibuatnya.

Ketika usia mula menginjak kedewasaan saya mula terasa sesuatu kekurangan. Bukan pada EH! tapi pada diri sendiri. Ya! Insya-Allah jika diizinkan saya mahu berhijab. Mahu menjadi muslimah yang lebih baik tapi pada masa yang sama saya tidak mahu kelihatan canggung kala berfesyen atau buta gaya setelah berhijab nanti. Hurm...tak perlu risau sebenarnya, saya yakin EH! pasti boleh membantu. EH! my ensiklopedia, my manual google for beauty and fashion, my dictionary for color.

Apa pun syabas EH! kerana sentiasa membuatkan saya fall in love again.. again.. again and again.. Love you EH!

Surat pemenang bulan ini akan menerima BERING 10126

402 bernilai RM369. Cuma tuliskan pendapat, komen atau idea anda kepada kami. Surat anda mungkin terpilih!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.