Selepas

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

menerima respons positif tentang kemunculan Wawa Zainal sebagai pembuka muka hadapan EH!, kami memikirkan siapa lagi wajah baru yang boleh kami ketengahkan. Meneliti namanama yang dipilih kami akhirnya memilih Nelydia Senrose sebagai wajah pilihan. Selain kami percaya dia punya kelompok peminat yang ramai, Nelydia juga punya beberapa siri yang berjaya menambat hati penonton setia drama Melayu sepanjang tahun lalu. Setia Hujung Nyawa dan Cinta Jannah yang bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 mendapat sambutan luar biasa, masing-masing rating tontonannya melebihi angka empat juta.

Ketika ini siri baru lakonan Nelydia sedang rancak bersiaran di saluran Astro Mustika HD. Siri berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta menggandingkan dirinya bersama aktor berbakat Sharnaaz Ahmad. Menurut Nelydia wataknya kali ini agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dilakonkan sebelum ini, malah tambahnya lagi watak ini juga berbeza dengan dramadrama sedia ada. “Nely memegang watak sebagai Hannah Mastura, seorang gadis yang daring, degil, gedik dan tak pernah

give up dan akan usahakan apa yang dia nak. Berbeza dengan cerita-cerita lain yang mana biasanya watak utamanya adalah perempuan baik, naif dan teraniaya.”

Pagi itu Nelydia hadir ke studio bersama Qi, dan ini bukanlah kali pertama kali melihat mereka berdua kerana sebelum kami pernah gandingkan mereka berdua dalam EH! 20 Yang Anggun & Disenangi tahun lalu. Jam 11 pagi wajah dan rambut Nelydia sudah dibelai Bong dan Gary, dan penggambaran berakhir jam empat petang. Agak lama namun Nelydia sedikit pun tidak merungut, malah dia terus-terusan mencuba gaya yang kami mahukan. Dan kerana sikapnya yang komited itu membuatkan kerja kami jadi mudah.

“PERGAULAN BUAT SAYA MATANG”

“Jika ada yang bertanya, Nelydia Senrose ini orangnya bagaimana, apa jawapan Nely?” soalan pertama saya pagi itu. “Nelydia Senrose orangnya cukup simple dan easy going. Saya mudah mengikut rentak orang dan cukup mudah bergaul. Namun ramai juga yang menganggap saya seorang yang sombong namun hakikatnya saya pemalu orangnya.”

Sejujurnya saya sendiri tidak menyangka Nelydia baru berusia 19 tahun. Melihatkan keyakinan, cara dia membawa diri dan kematangannya dalam berbicara membuatkan dia tampak jauh lebih matang dari usia sebenar. Menurut Nely kematangan dirinya dipengaruhi oleh pergaulannya. Sejak usia baru mencecah 13 tahun lagi dia sudah biasa dikelilingi oleh orang-orang yang jauh lebih berusia.

“Sejak 13 tahun lagi saya sudah berlakon, dan dari situlah saya banyak bergaul dengan orang lebih berusia. Sedikit sebanyak cara mereka bergaul dan berfikir mempengaruhi saya. Mereka banyak menasihati dan berkongsi pengalaman.”

“Ia mempercepatkan proses kematangan saya dan sejak kecil saya sudah terbiasa dengan nasihat mereka, pesan mereka Nely kena pandai menjaga diri, sekaligus kata-kata mereka itu sebenarnya banyak menyelamatkan Nely daripada membuat perkara yang bukanbukan.” Tambah Nely lagi dia bukanlah orang yang spontaneous. Setiap perkara yang diakukan dia akan mengambil masa untuk berfikir.

“Dari pandangan Nely yang sudah terjun ke dunia lakonan sejak usia 13 tahun, banyakkah perbezaan dunia seni dari dulu hingga sekarang? Maksud saya dari segi pergaulan serta cara bekerja?” “Sebenarnya tidak banyak beza. Seperti Nely cakap tadi Nely melalui proses membesar sangat cepat dan Nely boleh biasakan diri dengan mudah. Cuma, mungkin hari ini Nely lebih faham tentang dunia hiburan dan Nely mula sedar untuk berjaya di dalam bidang ini setiap orang perlu ada kesabaran yang tinggi,” jawabnya yang mengikat dua tahun kontrak sebagai wajah Enchanteur.

Sewaktu temu bual ini sempat saya mencungkil kisah bagaimana Nely bermula sebagai pelakon dan dari mana datangnya minat itu. Jelas Nelydia sejak kecil dia memang suka bercakap sendiri. Seperti sesetengah kanak-kanak lain dia memang suka berangan di depan cermin. “Saya memang suka bercakap sorang-sorang di depan cermin. Kalau tak dapat apa yang saya nak, saya akan tengok cermin dan bercakap sendiri. Ya, bunyinya seperti psiko tapi pada saya itu adalah sesuatu yang normal,” jelasnya sambil tertawa.

Menurut Nely lagi dia tertarik untuk menjadi pelakon kerana terpesona melihat filem-filem Hindustan. Dia berasa teruja melihat keyakinan para pelakon yang berani membawakan sesuatu watak dan dari situ dia mencari jalan bagaimana dia boleh mencapai angan-angannya itu. “Waktu kecil bila tengok filem Hindustan saya mesti terlopong melihat Shah Rukh Khan di kaca TV. Masa dulu memang saya sangka dia yang menyanyi sendiri, dan itu yang buat saya fikir hebatnya mereka boleh berlakon, menyanyi dan menari dengan baik sekali.”

Bicara Nely lagi casting pertamanya untuk Spa-Q tidak berjaya. Tambah sedih belum sempat dia berbuat apa-apa dirinya sudah di reject, alasan mereka Nely masih sekolah dan pihak produksi tidak mahu punya sebarang masalah. Tetapi keesokan harinya dia mendapat panggilan daripada pihak produksi untuk datang semula ke sesi casting. Pada awalnya dia menolak kerana sejak awal mereka tidak mahukannya kerana faktor lain bukan kerana dia tidak boleh berlakon. Setelah dipujuk-pujuk barulah dia beranikan diri. “Sampaikan hari ini kadang-kadang saya terfikir andai kata saya tidak pergi ke

casting itu pasti saya tidak akan berada di mana saya berada hari ini. Dan dari situ saya dapat pengajaran, dalam hidup ini kita tidak boleh cepat putus asa. Usah sesekali

give up kerana sebagai manusia kita tidak tahu apa yang kita akan dapat suatu hari nanti.”

Bergelumang di dalam dunia seni sejak muda sedikit sebanyak telah membuatkan perjalanan hidup Nelydia sedikit berbeza dengan remaja-remaja lain seusianya. Di saat kebanyakan teman-temannya meluangkan masa bersama teman di kafe-kafe atau keluar menonton wayang, masanya banyak dihabiskan di set penggambaran. Malah menurut Nelydia biasanya jam tujuh pagi dia sudah berada di set penggambaran dan berkampung di set sehingga jam 1 pagi. Mendengar ceritanya itu membuatkan saya bertanya, tidakkah dia menyesal dengan pilihannya ini kerana dia mungkin terlepas keseronokan hidup alam remaja seperti orang lain. “Saya tidak pernah menyesal. Ya, memang sebelum ini ada terfikir kehidupan saya tentu sekali berbeza andai saya tidak memilih jalan ini, namun bila difikirkan semula, adakah itu yang saya mahu? Dan saya sedari apa yang saya lalui dan miliki hari ini adalah apa yang saya mahu selama ini. Jadi mengapa saya perlu menyesal, dan mungkin apa yang saya miliki hari ini adalah apa yang orang lain juga mahukan.”

“SEBAGAI PELAKON KITA PERLU REALISTIK”

Hari ini para pengikut setia hiburan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai wajah-wajah baru, khususnya dalam dunia lakonan. Saban hari ada sahaja wajah baru yang menghiasi slot-slot drama di kaca TV tempatan. Dan kerana situasi ini jugalah Nelydia tidak pernah meletakkan harapan yang begitu tinggi dalam dunia lakonan. Ujar Nelydia, sebagai pelakon dia perlu realistik tentang perjalanannya di dalam dunia seni.

“Kita bukannya di Hollywood, di Malaysia orang sentiasa mahukan wajah-wajah baru. Tidak ramai pelakon yang mampu bertahan lama. Tetapi usah salah faham ya, bukan saya katakan pelakon di Malaysia tidak bagus tetapi ada faktor-faktor lain yang membuatkan seseorang itu sukar untuk mempertahankan nama mereka di industri. Misalnya, sebagai perempuan pabila sudah tiba jodoh kita akan berkahwin, dan status sebagai isteri itu sendiri sudah membataskan kita untuk aktif berlakon kerana kita punya komitmen lain yang perlu diberikan perhatian lebih. Apatah lagi jika kita sudah punya anak, maka fokus kepada kerjaya terpaksa diletakkan ke tepi.”

“Jadi pada Nely agak-agaknya berapa lama seseorang pelakon itu boleh bertahan? Lima, 10 tahun atau lebih?” tanya saya. “Pada saya mungkin antara usia 18 tahun hingga ke 26 tahun. Biasanya pada usia 26 tahun ke atas kebanyakan perempuan sudah sedia untuk berkahwin.”

Dan kerana situasi ini jugalah mengapa Nelydia meneruskan pengajiannya di SEGI College dalam jurusan psikologi. “Mengapa psikologi,” tanya saya. “Sejak dulu lagi saya memang suka memerhatikan gelagat orang. Kita berurusan dengan bermacammacam jenis orang setiap hari dan bila belajar psikologi ia membantu saya untuk memahami orang lain dengan mudah, saya dapat memahami mengapa sesetengah orang bertindak begini atau begitu. Setiap apa yang dilakukan pasti ada sebab. Dan saya memilih bidang ini kerana minat, tidak dipengaruhi oleh sesiapa.”

“Lagi satu saya percaya untuk bertahan lama dalam bidang seni kita perlu sentiasa ada sikap positif dan ilmu-ilmu yang saya kutip di bilik kuliah cukup membantu. Saya bagi contoh yang mudah, di Instagram orang bebas meninggalkan komen dan ada kalanya memang mencabar kesabaran kita sebagai manusia. Jika saya tidak punya sikap positif pasti saya mudah melenting. Memang orang kata sebagai selebriti kita adalah hak peminat, namun itu bukan bererti mereka bebas untuk tulis sesuka hati. Selebriti juga manusia, kesabaran itu ada batasnya.”

Bercakap tentang bertahan lama di dalam industri, Nelydia berpendapat selain bakat, disiplin adalah perkara paling asas yang perlu dipegang oleh setiap selebriti. “Selain personaliti menarik serta sikap yang menyenangkan, saya percaya disiplin sangat penting. Ya, memang orang di luar tak tahu kita berdisiplin atau tidak kerana apa yang mereka lihat adalah end product, namun saya percaya jika kita terus-terusan melanggar disiplin, tidak menepati masa misalnya, lama-lama cerita ini akan sampai ke pengetahuan orang luar juga. Saya juga percaya kerana disiplin juga orang senang untuk bekerja dengan kita dan atas sebab itu jugalah kita mudah mendapat tawaran kerja.”

Sebagai selebriti, penampilan harus sering diambil pusing. Walaupun rata-rata selebriti senang dengan gaya santai, namun ramai peminat yang punya expectation bahawa selebriti harus sentiasa tampil cantik. Bagaimana dengan Nely?,” soal saya lagi. “Nely sejak dulu memang sukakan gaya yang ringkas. Nely akui Nely masih lagi dalam proses belajar bergaya. Biasanya kakak Nely menjadi sumber rujukan. Frame badan Nely agak besar jadi memang susah untuk mencari baju yang sesuai. Dan kerana itu jugalah Nely kurang suka untuk membeli-belah kerana Nely boleh ada perasaan stres.”

“Bagaimana Nely menangani gosip,” tanya saya lagi. “Kalau ada sebarang cerita yang tidak betul seeloknya jangan terlalu cepat memberi jawapan balas. Ambil masa untuk cool down, setelah keadaan beransur tenang barulah kita react kepada isu-isu berbangkit. Usah terburu-buru membuat kenyataan balas kerana biasanya jika kita memberi kenyataan dalam keadaan marah kita mudah dipengaruhi oleh emosi. Dan biasanya bila ada cerita-cerita yang tak sedap didengar saya lebih senang berdiam diri.”

“Sebagai manusia, pasti kita punya kelemahan diri yang sering ingin kita perbaiki dari masa ke semasa. Bagaimana pula dengan Nely?” “Saya orangnya cepat

down, namun cepat juga cool semula. Mujur saya dikelilingi oleh orang-orang yang cepat beri semangat kepada saya. Jika soal kerja saya tidak mudah terasa hati dengan sebarang kritikan kerana saya cukup terbuka soal kerja. Namun bila menyentuh soal peribadi saya mudah terasa hati. Apa yang selalu saya fikir bila berlakunya perkara-perkara yang menyentuh hal peribadi ini ialah orang yang cakap tentang sesuatu perkara itu membuat kesimpulan sendiri tanpa mereka kenal siapa saya,” ujar Nelydia yang biasanya akan menonton DVD sendirian pabila stres atau down. Ujarnya setiap filem yang ditonton pasti ada mesej positif yang ingin disampaikan, jadi dia akan ambil mesej terbut sebagai motivasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.