Tiru Solekan

KAMI MEMBERIKAN LOOK YANG SEGAR UNTUK ADIRA. KULITNYA YANG PUTIH JERNIH MEMUDAHKAN BONG UNTUK MENCIPTA ASAS YANG TAMPAK SEMULA JADI.

EH (Malaysia) - - Siapa Dia -

Untuk penggambaran edisi ini kami memberikan look yang segar untuk Adira. Kulitnya yang putih jernih memudahkan Bong untuk mencipta asas yang tampak semula jadi. Bagi matanya pula Bong bermain dengan rona tanah dan mengadunnya dengan biasan pembayang mata rona ungu. Pipi Adira dilayangkan dengan pemerah pipi rona koral dan dicalitkan ton serupa buat bibirnya. Calitan pengilat bibir untuk hasil bibir yang tampak lembap.

Bagi dandanannya pula, David Shaw yang dibantu oleh Bibian mencipta gaya dandanan yang cukup chic. Mereka berdua menyikat rambut Adira ke belakang dan meniup kering untuk mencipta volum. Menurut David, Adira kurang sesuai jika rambutnya menutup dahi kerana wajahnya agak pendek.

Za Rich Glam Liquid Rouge Bobbi Brown Ink Liner (RM105) Laneige Sparkle Pink Chanel Jardin de Camelias JOUES CONTRASTE

David dan Bibian mengemaskan dandanan.

Sentuhan Bong buat Adira.

Laneige Pure Radiant Shadow

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.