URBAN & EKSOTIK

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Kombinasi urban dan alam semula jadi eksotik di Brazil menjadi inspirasi pada rekaan beg tangan Aigner musim ini. Kemeriahan metropolis Rio de Janeiro menjadi tarikan buat pereka senior, Christian Beck untuk menghasilkan beg tangan yang disertakan corak timbul pada kulit yang diadaptasi daripada unsur flora dan fauna. Lapisan pada kulit buaya, cicak, tekstur rafia, elemen jalinan serta kulit Saffiano memberi simbol kemewahan pada hutan hujannya. Suntikan rona seperi merah jambu, kuning jingga dan hijau turut mencerminkan nuansa rona di kawasan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.