STYLISH SPORTY

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Stella McCartney menghimpunkan rekaannya untuk rangkaian Adidas dalam enam kumpulan; untuk berbasikal, yoga, berlari, studio, berenang, dan acara hujung minggu yang lasak. Kesemua rekaan direka mengikut cita rasa urban lengkap dengan potongan yang unik di mana ia berbeza daripada pakaian sukan biasa serta diperindah dengan cetak psikedelik. “Ia memberi inspirasi kepada individu untuk membangkitkan rasa bangga dalam diri mereka dari segi persembahan, juga sebagai perangsang kepada mereka,” terang Stella yang telah bekerjasama bersama Adidas sejak 2005.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.