PENEMAN ACARA LASAK

EH (Malaysia) - - Berita + Fesyen -

Jam tangan Timberland merupakan jenama baru kendalian syarikat AD Time iaitu pengedar sah yang menghimpunkan pelbagai jenama jam tangan termasuklah jenama Swiss Military Hanowa, Escada, Esprit, Bonia dan Toy Watch. Rentetan pengenalan jenama baru ini, AD Time memperkenalkan beberapa jam tangan rangkaian Timberland antaranya Capton, Granville, HT3, Warren, Northfield dan Bennington. Kesemua jam tangan ini direka berpermukaan besar dan semestinya ia boleh digayakan untuk acara lasak, kasual serta semi formal. Kesemua rangkaian ini boleh didapati di Solar Time dan Time Couture.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.