DUNIA HOROLOGI MARC BY JACOBS

Chic, quirky dan sofistikated focus rekaan jam tangan musim bunga' 14.

EH (Malaysia) - - Kenali Jenama -

Vibrant, segar dan penuh gaya merupakan tiga elemen yang menjadi pemangkin kepada label difusi Marc Jacobs iaitu Marc by Marc Jacobs. Kemunculan jenama ini sekitar tahun 2001 memberi ruang kepada pencinta seni Marc Jacobs untuk memiliki barangan dalam harga mampu milik khas untuk penggemarnya yang berjiwa muda dan chic. Masih mengekalkan cita rasa fashion foward, Marc by Marc Jacobs memfokuskan pada gaya suai padan yang lantang dengan penggunaan variasi fabrik, corak dan perincian yang minima serta diadun mengikut trend semasa.

Susur galur Marc Jacobs

Dilahirkan pada 1963 di New York City, Marc Jacobs mula memohon kerja seawal umurnya 13 tahun. Charivari iaitu sebuah butik di New York City merupakan tapak pertama kariernya. “Saya kata pada mereka, saya boleh melakukan apa jua kerja tanpa mengenakan sebarang bayaran.” Tahun berikutnya, dia mula diterima bekerja dengan melipat baju panas dan mengenakan gaun di patung. Disini Jacobs mula berjumpa dengan orang penting dalam industri fesyen termasuklah pereka pakaian sukan, Perry Ellis. Kemudian, pada 1982 dia menamatkan pengajiannya di High Scholl of Art and Design dan mula melanjutkan pelajaran dalam jurusan fesyen di Parsons.

Dua tahun kemudian, Jacobs diangkat menjadi pelajar terbaik bersempena koleksi akhirnya malah pemilik butik Charivari, Barbara Weiser menempah baju panas daripada Jacobs dan menghantarnya ke Jepun untuk kerja produksi. Baju panas itu dijual dibawah label Marc Jacobs for Marc and Barbara. Ini merupakan titik permulaan kariernya sebagai pereka. Jacobs yang begitu fokus pada kerjayanya telah menerima beberapa anugerah di CFDA, Council of Fashion Designer. Dia kemudiannya mengeluarkan koleksi pertama untuk himpunan musim luruh 1993 di bawah labelnya sendiri iaitu Marc Jacobs.

Jacobs juga pernah dilantik sebagai Pengarah Kreatif Louis Vuitton bermula 1997 dan berakhir pada musim bunga tahun ini. Buat pementasan akhir Marc Jacobs di Louis Vuitton, ideanya berkisarkan tentang wanita yang telah memberi inspirasi kepadanya selama 16 tahun mengemudi jenama itu, juga menyelitkan elemen ‘show girl’. Kini, fokusnya buat jenama Marc Jacobs, Marc by Marc Jacobs dan juga beberapa rangkaian kendaliannya.

Jam tangan Marc by Marc Jacobs

Label difusi Marc by Marc Jacobs menonjolkan penggunaan rona dan subtle humor malah merangkumi kecintaan terhadap setiap era fesyen dari vintaj hingga kontemporari. Ini menjadikannya lebih unik sementelah mengekalkan estetika rekaan perekanya. Menawarkan pelbagai barisan helaian untuk lelaki dan wanita, aksesori, aksesori gajet sehingga rekaan jam tangan bercita rasa berasaskan mewah dan eklektik.

Sempena musim bunga ini, Marc by Marc Jacobs mengekalkan gaya quirky dan rona yang menarik termasuklah kombinasi pastel, metal kilau dan rekaan yang menonjol. Manakala untuk rekaan jam tangannya, rona daripada palet merah jambu, hijau dan biru menjadi taruhan. Musim ini juga, rangkaian Henry Skeleton Gradient turut menjadi fokus pada jenamanya. Rekaannya sama seperti apa yang dilihat di pentas peragaan Marc by Marc Jacobs. Jam tangan nilon disuntik dengan rona ombre yang bermula di bahagian tali sehingga permukaan jam. Rekaan inovatif ini turut direka lut sinar pada bahagian dail dengan logo Marc by Marc Jacobs yang diperbuat daripada metal. Terdapat tiga rona iaitu hijau, merjan dan biru.

Musim ini, perkenalan semua jam tangan ikonik Marc by Marc Jacobs iaitu Molly dipersembahkan dalam cita rasa yang lebih terkini. Ia diambil daripada inspirasi beg tangan Marc Jacobs dengan rekaan dail rona lebih segar yakni suntikan rona pop fluorescent kuning di bahagian belakang tali kulitnya. Menghangatkan lagi rangkaian jam tangannya, koleksi Baker diperkenalkan dalam rona hangat signature Marc by Marc Jacobs. Menekankan gaya yang lebih versatil yakni kombinasi rona emas kilau berserta rekaan dail rona hijau. Malah koleksi ini turut diberi pilihan versi rona emas perang kombinasi rekaan dail rona biru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.