UNIQLO, Unik Tersendiri

MENGUTAMAKAN KESELESAAN TANPA MENGETEPIKAN TREND MENJADI ELEMEN UTAMA SETIAP KOLEKSI UNIQLO. ANIS HANINI DITERBANGKAN KE TOKYO UNTUK MELIHAT SENDIRI KOLEKSI TERKINI MUSIM BUNGA/ PANAS 2014.

EH (Malaysia) - - Stail -

Ringkas namun bergaya, menjadi perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila bercerita mengenai UNIQLO. Tidak hairanlah jika jenama ini lebih mementingkan asas pakaian yang direka sempurna berbanding trend kegilaan ramai. Mungkin ramai tidak sedar bahawa asas pakaian penting kerana ia ‘membina’ penampilan. Jika asas pakaian terlalu ketat atau tidak bersesuaian, sudah pasti penampilan nampak serba tidak kena bukan?

Saya dijemput oleh UNIQLO ke previu koleksi musim bunga/ panas 2014 di Tokyo. Sememangnya saya rasa teruja untuk mengunjungi salah satu kota metropolitan tercanggih di dunia. Apatah lagi, cuaca kala kunjungan saya ialah sewaktu hujung musim luruh.

Sebaik sahaja kaki melangkah keluar daripada lapangan terbang, badan mula menggigil kesejukan. Tetapi rasa sejuk dilupakan sebaik sahaja mata terpandang gaya jalanan warga Jepun. Cuaca sejuk tidak menghalang mereka untuk tampil bergaya dengan lapisan baju, kot dan yang paling penting sepatu but! UNIQLO LIFEWEAR, MUSIM BUNGA/PANAS 2014

Fokus utama UNIQLO ialah memastikan setiap pakaian itu inovatif, berkualiti tinggi dengan rekaan yang universal. Tidak hairan untuk musim ini, UNIQLO LifeWear memastikan setiap pakaian selesa dipakai terutamanya di kala cuaca panas. Highlight utama musim ini terbahagi kepada 9 projek berbeza:

LINEN Menggabungkan kombinasi fungsi dan elegan demi memastikan setiap pemakai rasa selesa namun masih kelihatan bergaya terutamanya ketika cuaca panas.

SUPIMA ® COTTON Tekstil universal berkualiti tinggi, lebih lembut berbanding fabrik lain, mengandungi fiber kapas yang lebih panjang dan juga mengandungi kandungan menyerap peluh bersesuaian dengan cuaca panas.

JEANS Setiap rekaan jean direka dengan denim asli, siluet bersesuaian dan perincian menarik yang mana keselesaan menjadi kunci utama. Musim ini juga, projek Jeans menawarkan 64 variasi, termasuk warna baru dan siluet badan terkini.

POLO SHIRTS Direka dengan gaya nan cukup versatil agar pemakai tampak bergaya tidak kira tempat dan masa. Antara koleksi menarik dalam Polo Shirts ialah Dry Ex, kemeja polo kegemaran pemain tenis Novak Djokovic kerana ia menyerap peluh dengan pantas, cepat kering dan sesuai digunakan sama ada untuk bersukan atau aktiviti kasual bersama rakan.

TOPICS! Sempena musim panas projek Topics! memperkenalkan koleksi Lush & Bloom dengan pelbagai motif bak hutan tropika, cetakan flora serta

grafik daripada ‘OLANI Sportwear, Ltd – salah satu pembuat kemeja Aloha tertua di Hawaii. Item seperti kemeja, seluar pendek, kemeja T dan Steteco untuk lelaki; BRATOP, tunik, skirt labuh dan kemeja T untuk wanita membawa rasa unik sempena percutian musim bunga/ panas anda.

SMART STYLE PANTS Sesuai digunakan sama ada untuk gaya kasual mahupun dressy, setiap koleksi Smart Style Pants bermain dengan keseimbangan rekaan, keselesaan dan kepelbagaian. Padankan dengan baju pilihan anda untuk gaya unik tersendiri.

STETECO & RELACO Steteco menjadi seluar utama lelaki Jepun selama beberapa abad sebagai seluar yang selesa dipakai terutamanya di kala cuaca panas. Musim ini mempersembahkan Relaco untuk wanita yang ingin keselesaan yang sama tanpa perlu mengorbankan gaya peribadi mereka.

AIRISM Menggunakan teknologi fiber Jepun, AIRism menghasilkan pakaian dalam yang nipis, lembut dan mudah diregang agar anda dapat bergerak dengan lebih bebas. Koleksi terbaru ini juga hadir dengan pelbagai warna semula jadi mengikut ton kulit agar setiap helaian AIRism tidak mudah nampak apabila dilapisi dengan pakaian utama anda.

BRATOP Direka untuk memberi keselesaan, sokongan dan padanan yang tepat pada tubuh wanita tidak kiralah untuk ke pejabat atau mendaki gunung. Malah, Bratop juga kini hadir dengan lapisan tambahan agar tali dan permukaan coli tidak mudah dilihat dengan apa-apa jenis fabrik baju.

®

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.