INES DE LA FRESSANGE PARIS

EH (Malaysia) - - Stail -

Untuk musim bunga/panas 2014, UNIQLO menghasilkan satu koleksi baru dengan kolaborasi bersama Ines de la Fressange, ikon fesyen dan duta global sebenar Parisian chic. Melalui kolaborasi ini, UNIQLO telah menghasilkan pakaian ideal bersama Ines termasuklah pakaian yang mencerminkan stail peribadinya serta yang merai kecantikan dan daya penarik wanita sofistikated.

Koleksi Ines de la Fressange Paris bersama Uniqlo terbahagi kepada empat iaitu:

PETITE PARISIENNE Koleksi ini berilhamkan pakaian bekerja tradisional Perancis dengan sentuhan perincian seperti kolar bulat dan motif bunga yang terselit di bawah lengan baju.

BLEU, BLANE, PARISIENNE Koleksi kontemporari yang diilhamkan oleh warna tiga warna Perancis iaitu biru, putih dan merah untuk gaya seorang wanita Perancis asli. Pakaian seperti baju polo, kemeja Oxford, seluar chino, jeans serta jaket bakal menjadi kegemaran ramai.

NOTE PARISIENNE Padanan pakaian warna hitam yang melambangkan gaya chic Perancis termasuk dress, baju kait dan blaus sifon memberi gaya asli Paris dengan serta merta.

SOUFFLE DE PARISIENNE Sesuai untuk wanita yang ingin mengekalkan gaya hidup aktif dengan aktiviti seperti yoga atau senaman dan pada masa yang sama tampil bergaya walaupun di rumah. Setiap pakaian daripada koleksi ini dihasilkan dengan fabrik yang lembut dan menyerap peluh serta rekaan siluet yang membentuk badan dengan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.